![]() |
Reverend Terrence Sinnadurai |
Dia meninggal dunia pada 5.58 petang di Sunway Medical Centre pada hari Rabu selepas melawan penyakit kencing manis selama bertahun-tahun. Dia telah dimasukkan ke hospital selama sebulan sebelumnya kerana sepsis.
Terrence meninggalkan legasi perkhidmatan berdekad-dekad, setelah mengasaskan rumah kebajikan itu dengan isterinya Kamala.
Bermula secara kecil di sebuah rumah teres satu tingkat di Kajang, DAJ telah beralih menjadi perkampungan di Semenyih dengan sebuah kantin, asrama berasingan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dan warga tua, perpustakaan dan bilik pejabat untuk kakitangan.
Terrence juga telah melayani sebagai senior pastor Kajang Assembly of God (AOG), salah satu gereja terbesar di Kajang, dari 1978 ke 2001, dan kemudian sebagai senior pastor Agape Community Centre di Semenyih.
Dia meninggalkan isterinya, dan tiga orang anak – John, Shanti dan Reuben – dan lima orang cucu.
![]() |
Kebaktian penghiburan di Desa Amal Jireh |
"Dia seorang yang memiliki visi. Dia sentiasa mencari cara untuk melakukan lebih (untuk rumah kebajikan itu) dan mempunyai kebolehan untuk berfikir di luar petak dalam hal mengumpul dana.
"Dia tidak pernah penat untuk melakukan lebih dan lebih lagi. Begitu senang sekali untuk melihatnya bekerja. Dia telah membawa impak kepada ramai orang, dari lebih 20 tahun di Kajang AOG dan 40 tahun di DAJ," dia memberitahu Free Malaysia Today.
Berucap di kebaktian pennghiburan itu, Shanti, yang juga seorang timbalan pengarah DAJ, memuji ayahnya yang sentiasa mempunyai masa untuk keluarganya, walaupun semasa melayani sebagai pastor dan sebagai pengerusi DAJ.
"Dia berusaha meluangkan masa bersama keluarganya. Pada setiap hari akan ada satu hidangan bersama sebagai sebuah keluarga.
"Orang sering kata bahawa anak-anak pastor akan mengalami pergumulan kerana pastor-pastor tidak mempunyai masa untuk keluarga mereka, tetapi ayah saya telah hadir untuk hampir setiap acara sukan yang saya pergi sehingga saya di Tingkatan Lima," katanya.
Satu lagi kebaktian penghiburan akan diadakan di DAJ pada 8.30 malam ini, dan kebaktian penguburan akan diadakan pada pagi esok pada 10 pagi di tempat yang sama.
(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertahuk, "Terrence Sinnadurai, Founder of Desa Amal Jireh, Dies at 75" yang ditulis oleh Mikha Chan bertarikh 23 Mei 2025)