Banner misteri mengenai Jesus yang telah diletakkan di luar beberapa gereja di Pulau Pinang oleh pihak-pihak yang tidak dikenali |
Seorang paderi Katolik telah menasihati orang-orang Kristian untuk tidak bertindak balas atas sejumlah banner yang mencatitkan "Allah is great, Jesus is the son of Allah" yang telah muncul di hadapan beberapa gereja di Pulau Pinang untuk menghindarkan ketegangan agama meningkat.
Banner-banner itu telah digantung di luar Victory Lutheran Church, St John Britto Catholic Church, The Church of the Immaculate Conception dan The Church of the Assumption di bahagian pulau dan The Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.
Tidak seorangpun yang tahu siapakah yang telah meletakkan banner-banner tersebut.
Father Victor Louis dari The Church of the Nativity menafikan bahawa gerejanya yang bertanggungjawab untuk banner itu.
"Tidak ada gunanya bertindak balas terhadap ini. Kami juga tidak mahu membesarkan isu ini," katanya.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah menghantar tweet mengenai ini, mengatakan bahawa banner-banner itu bertujuan meningkatkan ketegangan di antara orang-orang Islam dan Kristian.
Dia berkata beberapa gereja terkilan bahawa pihak-pihak yang tidak dikenali telah meletakkan banner-banner itu dan salah satu gereja sudahpun membuat laporan polis mengenainya.
Dia juga menghantar tweet bahawa dia telah bercakap dengan ketua polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi mengenai perkara itu dan telah diberitahu bahawa akan ada lebih banyak rondaan polis di sekeliling gereja-gereja.
Juga diketahui bahawa Pemuda Umno Pulau Pinang dan bahagian Umno Jelutong telah membuat laporan polis mengenai perkara itu petang ini.
Penolong ketua polis kawasan timur laut, Pesuruhjaya Polis Gan Kong Meng berkata perkara itu sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Pengerusi jawatankuasa perhubungan UMNO Pulau Pinang. Datuk Zainal Abidin Osman juga enggan mengulas mengenai perkara tersebut kerana laporan polis telahpun dibuat, tetapi mengutuk"tindakan yang tidak bertanggunjawab itu."
"Kami tidak mahu mengulas lanjut. Biarlah polis menyiasat dengan terperinci dan mengambil tindakan tegas ke atas orang-orang yang melakukannya."
"Kami mensyaki orang-orang yang berniat buruk sedang cuba menyemarakkan ketegangan kaum dan agama di negara ini," katanya.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Christians Must Not React To Mysterious Jesus Banners Outside Penang Churches, Priest Say" penulisan Looi Sue-Chern bertarikh 26 Januari 2014)