Memaparkan catatan dengan label Sabah Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah Sarawak. Papar semua catatan

Khamis, 30 Julai 2026

Hillsong Worship Cipta Sejarah, Pilih Kota Kinabalu Destinasi Pertama di Malaysia Timur

KOTA KINABALU: 30 Julai 2026 – Kumpulan muzik penyembahan Kristian bertaraf antarabangsa, Hillsong Worship, bakal mencipta sejarah ketika mengadakan persembahan sulung mereka di Kota Kinabalu menerusi Hillsong Worship Nights Asia Tour 2026 pada 13 September ini di Sabah International Convention Centre (SICC).

Jumaat, 6 Mac 2026

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Seorang etnik Kenyah dari Miri, Soliman Wan, 52, telah menunggu 33 tahun
untuk mendapat kewarganegaraan ketika ditemubual Bernama hari ini. Turut
hadir isterinya Augusta Jubik,  51 (tengah) dan rakan, Kenawang Ujoh, 50

Kuala Lumpur: Penantian 33 tahun seorang lelaki berketurunan Kenyah dari Sarawak, yang hidup tanpa kewarganegaraan berakhir apabila beliau menerima MyKad secara rasmi pada 29 Januari lalu.

Soliman Wan, 52, yang dilahirkan di Long Banga, Miri, terpaksa memegang status pemastautin sementara atau kad pengenalan hijau sejak berusia 12 tahun berpunca daripada status kerakyatan ibu bapanya yang tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Jumaat, 9 Januari 2026

Warisan Cadang Tubuh Unit Khas JPN Perbetul Status Agama Mykad


PETALING JAYA: Warisan menggesa kerajaan menubuhkan unit khas Sabah dan Sarawak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan pembetulan status agama pemegang MyKad di negeri itu dibuat dengan lebih berkesan.

Khamis, 8 Januari 2026

Mahkamah Tinggi: JPN Telah Silap Mencatit Keluarga Kristian Sabah Sebagai Muslim


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah tersilap mendaftarkan seorang lelaki dari Pitas, Sabah dan tiga orang anaknya sebagai Muslim walaupun mereka sebenarnya adalah Kristian.

Selasa, 2 Disember 2025

Kabinet Baharu Sabah Telah Ditubuhkan


KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yakin Jemaah Menteri yang baharu dilantik berupaya memacu kemajuan negeri menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Keputusan PRN Sabah ke-17 (Infografik)


Pilihanraya Negeri Sabah ke-17 telah selesai. Berikut adalah kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti-parti politik dan perseorangan bebas dalam pilihanraya kali ini dengan peta yang menunjukkan taburan kerusi-kerusi itu:

Isnin, 24 November 2025

5 Perkara Untuk Kita Doakan Menjelang Pilihanraya Sabah


Pilihanraya Sabah akan diadakan tidak lama lagi, apakah yang kita harus doakan menjelang pilihanraya?

Ini adalah 5 perkara yang kita boleh doakan sempena pilihanraya kali ini:

Jumaat, 20 Jun 2025

Pelancaran Buku "Kisah Kebangunan Rohani Di Sabah" Yang Ditulis Oleh Pastor Lam Kee Hing

Pastor Lam Kee Hing memegang buku penulisannya
sambil diringi oleh isterinya, Mei Chan dan
Presiden SIB Semenanjung, Rev Simon Petrus 

Pada Rabu lepas, 17 Jun 2025, telah berlangsung suatu acara pelancaran buku di Sidang Injil Borneo (SIB) Kajang. Buku itu yang bertajuk, "Kisah Kebangunan Rohani Di Sabah" telah ditulis oleh Pastor Lam Kee Hing.

Selasa, 20 Mei 2025

Didaftar Islam Tanpa Izin - Wanita Sabah Lapor Polis


Seorang wanita Kristian dari Sabah membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas mendapati dirinya didaftarkan sebagai beragama Islam tanpa pengetahuan atau persetujuan – sekali gus menimbulkan kebimbangan wujudnya sindiket penukaran agama, lapor Daily Express.

Sabtu, 5 Oktober 2024

Cinta Tak Kesampaian, Wanita Mohon Keluar Islam


Seorang wanita Sarawak merayu untuk meninggalkan Islam dan kembali ke agama Kristian selepas berpisah dengan lelaki Melayu yang berjanji untuk mengahwininya.

Isnin, 19 Ogos 2024

Lelaki Sabah Bukan Islam Meskipun Ibunya Telah Masuk Islam, Begitu Keputusan Mahkamah


PETALING JAYA: Seorang hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa seorang lelaki Sabah bukanlah Muslim walaupun ketika dia berusia tiga bulan, ibunya telah menukar agama kepada Islam.

Khamis, 30 Mei 2024

Persekutuan Kristian Malaysia: Sambutlah Gawai dan Kaamatan Dalam Perpaduan dan Damai


KUCHING, 29 Mei -  Persekutuan Kristian Malaysia / Christian Federation of Malaysia (CFM) telah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk datang bersama merayakan Hari Gawai dan Pesta Menuai dengan harapan menginspirasikan perpaduan dan damai yang lebih kukuh lagi.

Selasa, 16 April 2024

Pengislaman Wanita Sabah Tak Sah


GEORGE TOWN: Seorang wanita Katolik yang menukar agamanya kepada Islam empat tahun lalu diisytihar sebagai tidak sah oleh Mahkamah Tinggi.

Rabu, 27 Mac 2024

Pembunuhan Reverend John Wilfinger


Misionari-misionari Australia yang dipimpin oleh Charles Hudson Southwell mulai menembusi Sarawak menerusi kawasan pedalaman Lawas pada akhir 1920an untuk memulakan sebuah gereja manakala misionari-misionari Amerika meneroka ke Kerayan pada 1930an untuk menubuhkan sebuah Sekolah Alkitab di Belawit yang kini dikenali sebagai Berian Baru.

Tersentuh dengan kasih para misionari untuk orang-orang di kawasan bukit, orang-orang Lun Bawanglah yang menyahut cabaran untuk mengubah gaya hidup pagan mereka untuk menjadi pengikut-pengikut yang komited Borneo Evangelical Mission (BEM). Orang-orang Lun Dayeh juga menurut serta dan menjadi penginjil-penginjil pelbagai denominasi seperti Gereja Khemah Injil Indonesia (GKII).

Suatu mukjizat sedang terjadi di kalangan umat yang dulunya kuat dalam penyembahan iblis dan pengorbanan kanak-kanak telah dikisahkan dalam banyak buku-buku yang ditulis oleh penginjil-penginjil yang telah disambut baik oleh komuniti kawasan tanah tinggi itu.

Ahad, 3 Disember 2023

Api Hutan Merebak Di Taginambur


Beberapa minggu setelah kebangunan rohani di Bario, Roh Api merebak ke Taginambur. Sebelum kejadian ajaib ini, Roh Kudus sudah bergerak dalam kalangan penduduk Kristian. Dengan semahu-Nya, Roh Kudus menyentuh jemaah di kampung sini.

Jumaat, 24 November 2023

Silap Komunikasi, Program Krismas TVS Diteruskan Mengikut Jadual


KUCHING: Stesen televisyen tempatan, TVS hari ini berkata, produksi program 'A Christmas Carol, Sarawak in Diversity' akan diteruskan seperti yang dijadualkan pada 3 Disember.

TVS dalam satu kenyataan bersama Unit Hal Ehwa Agama-Agama Lain (UNIFOR) hari ini berkata, program itu akan disiarkan menerusi TVS pada 23 Disember.

Jumaat, 13 Oktober 2023

Isnin, 9 Oktober 2023

Isu Kalimah Allah Dipersembah Ke Majlis Raja-Raja Akhir Bulan Ini


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempersembahkan hasil libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung isu isu penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja pada hujung bulan ini, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rabu, 4 Oktober 2023

Ribuan Dijangka Hadiri Ulang Tahun Ke-50 Kebangunan Rohani


MIRI: Lebih 2,500 orang Kristian dijangka berhimpun di sini dari 5-7 Oktober untuk meraikan ulang tahun ke-50 Kebangunan Rohani Bario, Ba'Kelalan dan Taginambur, suatu peristiwa penting untuk komuniti Kristian Malaysia.

Jumaat, 8 September 2023

Hujan Lebat Tidak Menghalang Lebih 20,000 Penganut Kristian Hadiri Malam Pentakosta Di Kuching

Malam Pentakosta di Padang Jubli, Kuching

KUCHING: Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 penganut Kristian daripada menghadiri Malam Pentakosta di Padang Jubli di sini malam Khamis.