Memaparkan catatan dengan label Tokoh Biskop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Biskop. Papar semua catatan

Rabu, 12 Februari 2020

Bishop Diosis Anglikan Sabah Ditahbiskan Sebagai Archbishop Provinsi Asia Tenggara


KOTA KINABALU: Bishop Diosis Anglikan Sabah, Right Reverend Datuk Melter Jiki Tais telah dilantik Archbishop ke-6 Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara di Katedral All Saints di sini pada hari Ahad.

Jumaat, 7 Februari 2020

Bishop Melter J. Tais Akan Dilantik Menjadi Archbishop Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara Pada 9 Februari 2020


Bishop Melter J. Tais, iaitu bishop Diosis Sabah, akan dilantik sebagai Archbishop Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara yang ke-6 di suatu kebaktian istimewa di Katedral All Saints, Kota Kinabalu pada 9hb Februari 2020, jam 4 petang. 

Khamis, 12 Disember 2019

Agong Bertemu Archbishop of Canterbury

Al-Sultan Abdullah dan Lord Archbishop of Canterbury, Justin Welby
(Foto: Istana Negara)

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan pertemuan dengan Archbishop of Canterbury, Justin Welby di kediaman rasminya di Istana Lambeth, London pada Rabu.

Ahad, 13 Oktober 2019

Bishop Rev Danald Jute Dianugerahkan Gelaran Datuk



MIRI: Dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk, Uskup Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Rev Danald Jute berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas penghormatan yang diberikan berkenaan.

Jumaat, 4 Oktober 2019

Shafie Terima Kunjungan Penasihat Agama Ratu Elizabeth II


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal hari ini menerima kunjungan hormat pemimpin-pemimpin Kristian dari Eropah diketuai Penasihat Agama Kepada Ratu England, Elizabeth II iaitu Uskup Agung Justin Portal Welby.

Selasa, 2 Julai 2019

Sejarah Kebangkitan Karismatik Di Kalangan Anglikan Sabah

Peta 1970 menunjukkan Tongod (dalam bulatan merah)

Ramai Anglikan Sabah hari ini akan menggelarkan diri mereka sebagai "Karismatik"atau "Dipenuhi Roh Kudus." Bagaimanakah identiti ini, yang tidak sejagat dalam Anglikanisme di sekeliling dunia, telah terbentuk dalam Diosis Sabah?

Selasa, 18 Disember 2018

Mesej Krismas Daripada Bishop Besar Moon Hing



Seorang Raja dilahirkan, Seorang Anak dikurniakan

Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita, seorang putera telah dikurniakan bagi kita. Di atas bahunya tampuk pemerintahan, dan namanya akan disebut: Penasihat Ajaib, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai. (Yes 9:6, AVB)

Jumaat, 8 Jun 2018

Gereja Anglikan Merayakan 170 Tahun Di Borneo


KUCHING: Gereja Anglikan akan memulakan program acara sepanjang setahun untuk merayakan ulang tahunnya yang ke-170 di Borneo pada hujung minggu ini. 

Selasa, 27 Februari 2018

Biskop Besar Berseru Agar Mempunyai Pemahaman Yang Baik Berkenaan Keputusan Mahkamah Persekutuan

Biskop Besar Simon Poh

KUCHING: Biskop Besar Roman Katolik Kuching, Most Reverend Simon Poh mengingatkan orang-orang Kristian bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes-kes murtad itu bukanlah sesuatu perkara di mana Gereja bertanding dengan Islam dan berseru untuk pemahaman yang baik berkenaan kes itu.

Rabu, 6 Disember 2017

Santo Nicholas


Santo Nicholas

(15 Mac 270 - 6 Disember 343)

Kisah St Nicholas

Ketiadaan "fakta jelas" sejarah tidak semestinya menjadi penghalang kepada populariti santo-santo, seperti yang ditunjukkan dengan cinta terhadap St Nicholas. Kedua-dua Gereja Barat dan Timur memberi penghormatan kepadanya, dan telah dikatakan bahawa selepas Maria, dia adalah santo yang paling banyak dilukis oleh pelukis-pelukis Kristian. Namun begitu secara sejarah, kita hanya dapat menunjukkan kepada fakta bahawa Nicholas adalah biskop Myra, sebuah kota di Lycia, di wilayah Asia Kecil pada abad keempat.

Selasa, 21 November 2017

DBP Bukan Pihak Sepatutnya Terjemah Bible


DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) bukan pihak berkuasa yang sepatutnya menterjemah Bible ke Bahasa Malaysia, kata presiden Majlis Gereja Sabah Bishop Melter Jiki Tais. 

Sabtu, 4 November 2017

Katedral St Mary Terima Kunjungan Kerabat Diraja England


KUALA LUMPUR: Selepas 19 tahun, Cathedral St Mary berdekatan Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini Sabtu menerima kunjungan pasangan diraja British.

Putera Charles, Putera Wales dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall melawat gereja Anglican ini sebagai sebahagian daripada lawatan sulung tujuh hari mereka ke Malaysia.

Rabu, 20 September 2017

Sabtu, 26 Ogos 2017

Menjelang Merdeka, Gereja Berdoa Untuk Kebebasan Pastor-Pastor dan Aktivis-Aktivis


KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Synod (Majlis) Diosis Anglikan Malaysia Barat menyuarakan kebimbangannya hari ini bahawa Pastor Raymond Koh masih kehilangan tanpa ada perkembangan yang positif.

Isnin, 14 Ogos 2017

Gereja Anglikan Menabalkan Bishop Ke-14 Sarawak dan Brunei

Ng (dua dari kiri) meletakkan Mitre ke atas kepala Danald semasa kebaktian itu
(Foto dari Facebook Mark Nyambang)

KUCHING: Wilayah Anglikan Asia Tenggara telah mentahbiskan dan menabalkan Right Rev Danald Jute sebagai Bishop yang ke-14 Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, yang dikenali sebagai Diosis Kuching, di Katedral St Thomas di sini semalam. (Foto di atas oleh Mark Nyambang)

Sabtu, 12 Ogos 2017

Diosis Kuching Adakan Upacara Pentahbisan Dan Pertabalan Bishop Diosis Ke-14 Esok

Bakal Bishop, Rev Danald Jute dengan isteri, Julita Jack Sunggul

KUCHING: Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei yang dikenali sebagai Diosis Kuching akan mengadakan Upacara Pentahbisan dan Pertabalan untuk Bishop Diosis Ke-14 esok

Khamis, 27 Julai 2017

Bolly Lapok Bersara Selepas Satu Dekad Sebagai Bishop

Jamal (ketiga dari kanan), Ramdan (kedua dari kiri), Umpie (kiri) dan lain-lain
bersama Bolly (tiga dari kiri) di majlis makan perpisahan 

SIBU: Parochial Church Council (Majlis Kawasan Gereja) Gereja Anglikan St. John mengucapkan selamat tinggal kepada Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Darusalam, Right Reverend Datuk Bolly Lapok, dengan majlis makan malam di Restoran Sheraton di sini baru-baru ini. 

Jumaat, 6 Januari 2017

Siapakah Yang Telah Menyusun Pembahagian Fasal Dan Ayat Dalam Alkitab?

 
Sesiapa yang mengetahui mengenai Magna Carta (Piagam Agung) dan Raja John kemungkinan telah mendengar mengenai Stephen Langton, Biskop Besar Canterbury, yang telah merundingkan perdamaian di antara raja itu dan para bangsawannya yang memberontak dan memungkinkan terbentuknya Piagam Agung itu.  

Isnin, 7 September 2015

Datuk Ng Moon Hing Dilantik Menjadi Ketua Gereja Anglikan Asia Tenggara

Bakal Biskop Besar Datuk Ng Moon Hing dan Biskop Besar Datuk Bolly Lapok

Right Rev Datuk Ng Moon Hing, Biskop Malaysia Barat, telah dilantik Ketua Kegerejaan Anglikan Asia Tenggara semasa mesyuarat khas Sinode Kewilayahan pada 2 September di Sandakan, Sabah.

Dia akan menjadi Biskop Besar kelima untuk melayani Wilayah itu, yang terdiri daripada diosis-diosis Kuching, Sabah, Singapura dan Malaysia Barat.