Khamis, 27 Julai 2017

Bolly Lapok Bersara Selepas Satu Dekad Sebagai Bishop

Jamal (ketiga dari kanan), Ramdan (kedua dari kiri), Umpie (kiri) dan lain-lain
bersama Bolly (tiga dari kiri) di majlis makan perpisahan 

SIBU: Parochial Church Council (Majlis Kawasan Gereja) Gereja Anglikan St. John mengucapkan selamat tinggal kepada Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Darusalam, Right Reverend Datuk Bolly Lapok, dengan majlis makan malam di Restoran Sheraton di sini baru-baru ini. 

Diaken Besar Utara Sarawak, Venerable Canon Jamal Senada, paderi yang bertanggungjawab di Gereja St. John, Reverend Ramdan Mejem dan pengerusi jawatankuasa penganjuran makan malam, Umpie Awie Serta adalah di antara 500 orang yang menyertai makan malam itu.. 

Bolly, 65, akan bersara bulan hadapan. 

Dia akan diganti oleh Reverend Danald Jute, 51, sebagai Bishop yang ke-14 Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Darusalam.

Bolly telah memegang jawatan itu selama satu dekad sejak 2007.

(Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post bertajuk, "Bolly Lapok Calls It A Day After Decade As Bishop" bertarikh 26 Julai 2017)