Memaparkan catatan dengan label Kisah Di Sebalik Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Di Sebalik Lagu. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mac 2023

Kisah Di Sebalik Lagu "Just As I Am" oleh Charlotte Elliot


Kisah Di Sebalik Lagu "Dengan Seadanya Aku" oleh Charlotte Elliot

Sebagai seorang wanita muda, Charlotte Elliot tidak yakin akan hubungannya dengan Kristus, tidak yakin bagaimana caranya untuk diselamatkan, meskipun dia dibesarkan sebagai anak seorang pastor, dan pertanyaan menyelidik dari seorang penginjil dari Switzerland, "Apakah Anda dalam keadaan damai dengan Tuhan?", tidak dapat dilupakannya. Ketika dia bertemu dengan penginjil tersebut beberapa minggu kemudian, dia mengatakan bahawa dia tidak dapat mengelak dari pertanyaannya tersebut. Namun, dia memprotes, apa yang mungkin dapat dia bawakan kepada Tuhan? Ketika penginjil itu menjawab bahawa dia tidak perlu membawa apa pun kecuali dirinya sendiri, dia dengan senang hati menerima Kristus.

Khamis, 10 Mac 2022

Lagu "Walau Ku Lewati Lembah" Oleh Joanna Joseph Dilancarkan


Sudahkah anda mendengar lagu, "Walau Ku Lewati Lembah" oleh Joanna Joseph? Lagu merdu dengan lirik yang indah ini telah dilancarkan semalam di YouTube. Dengarlah dan kongsi dengan kawan-kawan!

Khamis, 3 Februari 2022

Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Lagu "It Is Well With My Soul"


Dilahirkan dari sebuah tragedi peribadi dan iman yang menginspirasikan Horatio Gates Spafford, "It Is Well With My Soul" telah menjadi salah satu lagu hymn yang paling disayangi dan bertahan lama di gereja sehingga hari ini.

Rabu, 21 Ogos 2019

Kisah Di Sebalik Lagu "Mengikut Yesus Keputusanku"



Suatu karya akan sangat bermakna jika memiliki esensi dari karya itu yang dilatarbelakangi oleh kesungguhan dan keseriusan. Ertinya, cerita dan motivasi di sebalik suatu karya menjadi salah satu faktor bahwa karya itu akan sangat bermakna, bukan hanya bagi penciptanya, melainkan juga bagi orang-orang yang menikmatinya. Ini pula yang menjadi kekuatan satu karya lagu hymn yang terkenal dan sering dinyanyikan di gereja-gereja seluruh dunia, “I Have Decided To Follow Jesus”.

Selasa, 26 Mac 2019

Penyanyi Brad Paisley Berkata Isterinya Adalah Mukjizatnya Dalam Kisah Di Sebalik Lagu "My Miracle"


Kisah cinta antara Brad Paisley dan isterinya, Kimberly Williams-Paisley, begitu manis dan menginspirasikan. Setelah bernikah selama 16 tahun. Brad telah menghasilkan sebuah lagu baru bertajuk, "My Miracle" yang didedikasikan kepada isterinya. 

Sabtu, 28 Oktober 2017

Ounsikou Ginawoku: Dari Kemalangan Kepada Kemenangan Tuhan


Kota Kinabalu: Ounsikou Ginawoku, lagu Dusun penyembahan dan pemujian Tuhan Yesus Kristus yang diciptakan selepas kemalangan lima tahun lalu, terus memberkati jemaahNya di Sabah.

Selasa, 19 September 2017

Lagu Kristian Terlaris Sepanjang Zaman Dijadikan Filem Hollywood


Lagu "I Can Only Imagine" oleh MercyMe adalah satu-satunya lagu single Kristian untuk diberi pengiktirafan Double Platinum oleh RIAA. Lagu itu telah menjangkau jutaan orang di sekeliling dunia. Kini para penerbit Mom's Night Out dan Woodlawn akan menjadikan lagu kisah hidup penyanyi Bart Millard sebuah filem yang berkuasa. Tontonlah treler rasmi filem itu di sini.

Jumaat, 11 Ogos 2017

Kesaksian Grezia Epiphania: "Walau Ku Tak Dapat Melihat"


Grezia mengalami keterbatasan dalam penglihatan sejak lahir. Pada waktu ia lahir, kedua bola mata Grezia berselaput putih. Kenyataan pahit yang Grezia alami, kerana Grezia tidak mengetahui apa-apa. Grezia tumbuh sehat seperti anak-anak yang normal, bermain sendiri, berjalan sendiri tanpa terhalang oleh apapun, bahkan dapat naik turun tangga lebih kurang 20 anak tangga di rumah tanpa bantuan orang lain. Sampai saat ini orang tua Grezia tidak pernah khuatir pada Tuhan,” kisah Suryadi, Ayah Grezia. Grezia sejak umur 4 tahun sudah kami ajak untuk ikut dalam pelayanan. Grezia memberikan kesaksian pujian untuk Tuhan. Luar biasa apa yang Tuhan Yesus nubuatkan bagi Grezia.

Rabu, 1 Mac 2017

Kisah Di Sebalik Lagu “Kunyanyi Haleluya”


Saat kita mendengar lagu ”Kunyanyi Haleluya, sungguh Kau hebat, ajaib perkasa...” dinyanyikan hampir setiap gereja di Indonesia dengan 2 juta penonton YouTube, menarik bila kita menyelidik kisah bagaimana lagu ini dihasilkan oleh seorang anak Tuhan… Wawan Lee, yang tinggal di Singapura … demikian kutipan wawancara Impact News bersama Wawan Lee.

Selasa, 15 November 2016

Kisah Di Sebalik Lagu "Kupercaya" (This I Believe - Hillsong)


Kali pertama lagu ini dinyanyikan di gereja kami, saya dapat merasakan ianya begitu berkuasa dan diurapi, sehingga jemaat menyanyikannya dengan penuh semangat dan bertenaga. Lagu "Kupercaya" ini asalnya dari lagu Hillsong bertajuk "This I Believe." Ianya telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh Billy Simpson dari JPCC, dan dinyanyikan oleh Sidney Mohede (JPCC) dan Ben Fielding (Hillsong) semasa Hillsong Asia Tour di Jakarta pada 15 April 2016 (foto di sebelah).

Selasa, 8 Mac 2016

10 Kesaksian Wanita Paling Popular Di Blog Ini

Oleh kerana hari ini ialah Hari Antarabangsa Wanita, saya telah memuatkan 10 artikel Kesaksian Wanita Paling Popular di blog domba2domba sejak mula blog hingga kini (senarai ini telah dikemaskinikan pada 8 Mac 2022)

Di antara kesaksian 10 wanita ini, artikel manakah kegemaran anda?

Ahad, 13 Disember 2015

Sejarah 7 Lagu Karol Krismas Yang Sering Didengar

Natal dikhususkan untuk merayakan kelahiran Sang Juruselamat, Yesus Kristus yang telah lahir ke dunia menjadi manusia. Saat Natal menjelang, kita akan sering mendengar lagu Natal. Lagu tersebut akan dinyanyikan ketika di gereja, ataupun di rumah.

Melalui artikel ini Menginspirasi.com akan mengajak anda mengenal 7 lagu Natal yang sering diputar. Anda siap? Berikut adalah lagu-lagu tersebut:

Koir Anderson School, Jakarta menyanyikan :Jingle Bells"

Isnin, 12 Oktober 2015

Julita Manik dan Lagu "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu"

Julita Manik, penyanyi dan penulis lagu Indonesia

Kesaksian Julita Manik mengenai dirinya dan lagu "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu" ini telah dipetik dan diterjemah dari profail Julita di blognya (julitamanik.blogspot.com).

Oleh Julita Manik:

Hai... Saya seorang penulis lagu Kristian (dan juga seorang penyanyi), tetapi sebenarnya saya lebih suka dikenali sebagai seorang penyembah. Menamatkan pengajian dari Institut Pangajian Bandung, dengan major dalam Kejuruteraan Industri.

Selasa, 6 Oktober 2015

Bapa Yang Kekal (Kisah Di Sebalik Lagu)


Jemaat di gereja kami suka sekali menyanyikan lagu "Bapa Yang Kekal." Lagu ini yang dituliskan oleh Julita Manik, seorang penyanyi dan penulis lagu dari Indonesia, telah menjadi sangat popular dan telah dirakam dalam lebih 40 album (dan masih ada yang meminta untuk dirakam dalam album). Berikut ini adalah kisah di sebalik lagu "Bapa Yang Kekal" yang diceritakan sendiri oleh Julita Manik menerusi blognya;

Sabtu, 29 Ogos 2015

Pelancaran Album BM "Coming Back" Oleh SIB KL Lake City

Baris depan dari kiri ke kanan: Ricky Sutanto, Cilivella Jamious, dan Pastor Kenny Tham

Oleh Pastor Kenny Tham:

Sebagai Senior Pastor SIBKL Lake City, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan atas kejayaan menerbitkan album pertama kami bertajuk "Coming Back," Kami memuji Tuhan untuk album sulung ini kualitinya yang tinggi, penyusunan muzik yang baik, dan adunan suara yang pelbagai.

Khamis, 21 Mei 2015

Kisah Di Sebalik Lagu "Mamarayou Oku Kinorohingan"


Pernahkah anda mendengar lagu Mamarayou oku Kinorohingan? Ya, saya pasti anda pernah, malahan anda mungkin sudah pun menyanyikannya berkali-kali. Lagu Dusun ini sangat popular di Sabah dan sering dinyanyikan dalam acara-acara kebudayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga di gereja-gereja.

Tahukah anda siapa penulis asal lagu ini, dan dalam keadaan apa lagu ini telah ditulis?

Selasa, 12 Mei 2015

Kisah Di Sebalik Lagu "Amazing Grace"

John Newton
Sering kita berfikir bahwa lagu-lagu pujian umat Kristian dan nyanyian-nyanyian rohani yang dikumandangkan di gereje-gereja, pasti diciptakan oleh orang-orang yang kehidupannya saleh. Namun sebenarnya tidak demikian. Masa lalu kehidupan pencipta nyanyian rohani ini bermacam-macam. Mereka manusia biasa seperti kita. Tidak jarang di antara mereka, memiliki masa lalu yang sangat kelam dan bahkan menjijikkan, kita fikir mungkin Tuhan tidak akan pernah mahu memakai mereka untuk mengharumkan nama-Nya. Apakah benar fikiran seperti itu?

Rabu, 25 Februari 2015

Pelancaran Album "REAL" - Album Sulung BWCC

Ahli-ahli BWCC dan penerbitan album "REAL" bergambar semasa pelancaran album.

Jason Law dari laman web Christianity Malaysia membuat liputan sempena pelancaran album "Real" oleh sebuah gereja BM di Kuala Lumpur:

Bagi sebuah gereja yang masih muda, Breakthru' Worship Community Church di Bandar Sri Permaisuri telah mencapai satu mercu kejayaan dalam sejarahnya. Pada hari Sabtu (7 Februari 2015), gereja itu telah melancarkan album sulungnya. "Apakah yang sangat istimewa mengenai ini?" mungkin ada pembaca yang bertanya. Pertamanya, gereja ini masih muda, dan telah wujud dalam keadaan rasminya sejak Januari 2013. Tambahan lagi, kebanyakan lagu dalam album itu telah ditulis sendiri dengan kualiti tinggi. 

Rabu, 20 Ogos 2014

Kesaksian Jason Chang, Penulis Lagu "Sentuh Hatiku"

Jason Chang, penulis lagu
"Sentuh Hatiku" (2006)
Berikut ialah video kesaksian penulis lagu "Sentuh Hatiku", Jason Chang mengenai lagu yang telah ditulisnya (dan dikeluarkan pada 2006). Lagu itu telah menyebabkan Jason dikenali, terutama lagi selepas Maria Shandi dengan suaranya yang istimewa menjadikan lagu itu hit pada 2008. 

Kisah yang diceritakannya berbeza sedikit daripada artikel "Kisah Di Sebalik Lagu 'Sentuh Hatiku'" yang telah kumuatkan dalam blogku minggu lepas. Kesaksian dalam video ini mungkin lebih tepat kerana ianya telah diceritakan dari mulut Jason sendiri. 

Tontonlah video yang menyayat hati ini - Kesaksian Di Sebalik Lagu "Sentuh Hatiku"...

Sabtu, 16 Ogos 2014

Kisah Di Sebalik Lagu "Sentuh Hatiku" Nyanyian Maria Shandi


Lagu ‘Sentuh Hatiku’ mempunyai cerita yang sungguh menyentuh hati kita semua. Lagu ini merupakan refleksi hidup yang diilhamkan oleh kisah seorang gadis, teman sekolah Jason, yang diperkosa ayah kandungnya sendiri sehingga hamil. Gadis yang tidak ingin disebutkan identitinya ini awalnya tidak dapat mengampuni perbuatan ayah, meskipun dilakukan dengan tidak sengaja, kerana saat itu ayahnya dalam keadaan mabuk berat.