Memaparkan catatan dengan label Ibadah Di Gereja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibadah Di Gereja. Papar semua catatan

Ahad, 4 Februari 2024

Mengapakah Chick-fil-A Ditutup Pada Hari Ahad?

Chick-fil-A telah ditutup pada hari Ahad sejak pengasasnya S.Truett Cathy membuka restorannya yang pertama di Georgia pada 1946.



Pada suatu masa dahulu, adalah perkara biasa untuk restoran-retoran ditutup pada hari Ahad, tetapi amalan itu telah banyak ditinggalkan sejak berdekad-dekad. Namun begitu di Chick-fil-A, tradisi penutupan pada hari Ahad kelihatan tidak akan diubah pada masa terdekat.

Jumaat, 22 April 2022

Ketika Saya Ikuti Ibadah Jumaat Agung Di SIB Bandar Labuan


Oleh Abigail Aneng Jubilee:

Jumaat lepas, saya beribadah di Gereja SIB Bandar Labuan. Sebelum saya pergi ke gereja, saya sebenarnya sedang berjimat duit dan waktu itu saya tidak mempunyai kereta milik sendiri apatah lagi sepasang kasut yang bagus untuk ke gereja. Tempat untuk saya masukkan kaki saya di sandal tersebut hancur dan kelihatan sudah terbuka namun bila saya masukkan tapak kaki saya, ia masih nampak dalam keadaan yang bagus.

Jumaat, 8 Oktober 2021

10 Hal Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Mengangkat Tangan Dalam Penyembahan


Mengangkat tangan adalah sebahagian daripada penyembahan di banyak gereja. Penyembahan melibatkan tubuh kita serta juga hati dan minda kita. Kedudukan tubuh kita mengisahkan sesuatu. Ianya menyatakan kepada Tuhan dan kepada orang lain keadaan jiwa kita serta perasaan dan cinta hati kita.

Selasa, 19 Mei 2020

Kerajaan Akan Bertemu Lagi Dengan Pemimpin-Pemimpin Agama Untuk Bincang Pembukaan Semula Rumah-Rumah Ibadat

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA: Kementrian Perpaduan Nasional akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin agama utama untuk membincangkan cadangan balas untuk mereka menyambung semula aktiviti, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Isnin, 18 Mei 2020

Majlis Gereja Memberi Garis Panduan Untuk Kebaktian Menjelang Pengumuman SOP Rasmi


PETALING JAYA: Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) hari ini memberikan garis panduan tambahan untuk kebaktian ibadah yang selaras dengan garis panduan yang telah diumumkan lebih awal oleh Majlis Keselamatan Negara, menjelang prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan untuk pembukaan semula gereja di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Rabu, 19 Februari 2020

5 Sebab Mengapa Kanak-Kanak Harus Selalu Ada Dalam Kebaktian Umum


Oleh Tamera Kraft:

Di manakah kanak-kanak harus berada kebanyakan waktu semasa di gereja? Saya fikir ada sebab-sebab yang penting mengapa kanak-kanak harus selalu berada di kebaktian umum gereja kita.

Saya seorang pendukung gereja kanak-kanak, dari dulu lagi. Adalah penting untuk mengadakan kebaktian kanak-kanak yang menarik bagi kelompok umur mereka atas pelbagai sebab. Namun begitu, ada suatu pergerakan di banyak gereja hari ini untuk selalu mengasingkan kanak-kanak daripada orang dewasa. Walaupun kanak-kanak harus ada gereja kanak-kanak di mana mereka belajar dan menyembah Tuhan, mereka juga perlu selalu berada dalam kebaktian umum dengan keseluruhan jemaat.

Selasa, 28 Mei 2019

Beberapa Ahad Lepas, Saya Beribadah Di SIB Kingdom Worship Community, Kota Kinabalu

Ibadah di Gereja SIB Kingdom Worship Community, Kota Kinabalu


Oleh Brandon Douglas Juilis:

Pada 26 April 2019 bersamaan hari Jumaat, saya terbang ke negeri Sabah selepas berhempas pulas dan tenaga bersama dengan rakan seperjuangan untuk membentang Projek Tahun Akhir (2) di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. Suatu kelegaan dan ucapan syukur di hati pada masa tersebut setelah selesai melaksanakan segala tugas dan mengakhirkan kesibukan di dalam kampus bersama dengan rakan seperjuangan.

Khamis, 2 Mei 2019

Mengapa Pergi Ke Gereja Sangat Penting


Oleh Matt Brown:

Berikut adalah empat sebab penting mengapa kita harus pergi ke gereja setiap minggu, dan kenapa kehadiran di gereja dapat mengubah hidup kita:

Ahad, 28 April 2019

Sekitar Upacara Sembahyang Agama Kristian Sempena Hari Polis Ke-212 Di Gereja St Anthony, Kuala Lumpur


HARI POLIS KE-212: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN MENGEKALKAN KESEJAHTERAAN WARGA PDRM
Kuala Lumpur, 28 April 2019 – Satu upacara Sembahyang Agama Kristian bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 bagi mengekalkan kesejahteraan, kejayaan dan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan di Gereja St. Anthony, Jalan Robertson, di sini, pagi tadi.

Selasa, 23 April 2019

Ibadah Jumaat Agung Di Joy Centre Church (SIB), Kota Kinabalu

Ibadah Malam Pesach di Joy Centre (SIB), Metro Town, Kota Kinabalu

Oleh Sdr John:

Pada Jumaat lepas, saya dan kawan saya sempat beribadah di Joy Centre SIB di Metro Town, Kota Kinabalu. Pengumuman mengenai acara Malam Pesach itu telah pun diumumkan dalam Facebook seminggu dua lebih awal.

Rabu, 24 Oktober 2018

Jom Kita Tulis! - "Ahad Lepas Saya Beribadah Di Gereja..."


"Ceritakan pengalaman anda mengikuti acara ibadah di gereja anda atau di gereja yang anda kunjungi..."

Shalom! Blog domba2domba sedang menganjurkan acara Jom Kita Tulis! untuk kawan-kawan dan pembaca-pembaca blog ini untuk menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka mengikuti kebaktian ibadah di gereja.

Jumaat, 19 Oktober 2018

Ahad Lepas Saya Beribadah Di Gereja Hillsong


Pada Ahad lepas saya beribadah di Gereja Hillsong London, yang terletak di kawasan pusat bandaraya London. Gereja itu menyewa Dominion Theatre untuk mengadakan empat kebaktian pada setiap hari Ahad.

Khamis, 18 Oktober 2018

Sabtu Lepas Saya Beribadah Di Westminster Abbey

Westminster Abbey di London

Westminster Abbey di London adalah sebuah gereja yang bersejarah dan penting di London. Ianya terletak berdekatan Rumah Parlimen dan Big Ben di samping Sungai Thames. Sejak 1066, semua pertabalan raja dan ratu England telah diadakan di Westminster Abbey.