Pengenalan
Umat Kristian sejak awal lagi mempercayai bahawa keempat-empat kitab Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes adalah diilhamkan oleh Roh Allah, dan mengandungi keterangan yang sah tentang riwayat serta karya Tuhan Yesus dan merupakan Berita Baik bagi dunia. Kitab-kitab ini disebut Berita Baik (Injil) yang disampaikan oleh Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Sebaliknya, agama Islam mendakwa bahawa kitab Berita Baik (Injil) orang
Kristian tidak sah. Menurut dakwaan sesetengah orang Islam, sebuah buku yang
berjudul injil Barnabas, kononnya ditulis pada abad pertama (1 Tahun Masihi) oleh Rasul
Barnabas dan dikatakan bahawa inilah injil sebenar yang diberikan oleh Yesus.
Perkara yang menghairankan adalah buku ini hanya muncul pada abad ke-18 Tahun Masihi!