![]() |
Kim Phuc menyampaikan kesaksiannya di Gereja Baptis Valley Forge (Foto dari Josh Berg) |
Hari terburuk dalam hidup Kim Phuc Phan Thi telah dirakam dalam sekeping foto.
“Ada seorang mula menjerit, ‘Terlalu panas! Terlalu panas!”
Kim Phuc kini 50 tahun, memberitahu sidang Gereja Baptis Valley Forge pada hari
Ahad semasa kebaktian malam. “Orang itu
adalah saya.” Sebuah kapalterbang Vietnam Selatan tersilap menjatuhkan empat bom
napalm ke atas Kim Phuc Phan Thi yang berusia 9 tahun dan dan orang-orang awam
lain – kebanyakannya kanak-kanak – sambil mereka berlari keluar dari tokong di
mana mereka berlindung di Trang Bang.