Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Kristian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Kristian. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Januari 2021

Salah Faham Jesus Bukan Tuhan Berdasarkan Bible!


Adakah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus?

Umat Kristian berpegang kepada kepercayaan bahawa Yesus itu Allah. Bahkan, kepercayaan ini adalah kepercayaan yang paling penting bagi Kristian. Tetapi, keilahian Yesus sering dipersoalkan, dan salah satu hujah yang sering kita dengar untuk menafikan keilahian Yesus Kristus ialah bahawa Yesus sendiri menafikan dirinya Allah. Mereka akan merujuk kepada injil Markus 10:17-18 dan berkata, "Hah! Inilah buktinya Yesus sendiri menafikan keilahiannya!" Jadi, Betulkah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus? Mari kita kaji sama-sama.

Khamis, 25 Jun 2020

Apakah Erti Kristus?


Oleh Pastor Meta Morphoo:

1. Kalimat “mesias”, berasal dari bahasa Ibrani מָשִׁיחַ, mashiah

Ahad, 29 Mac 2020

Bishop Moon Hing Menjawab Soalan Sukar - Mengapakah Tuhan Mengizinkan Covid-19?


Hai, saya Bishop Moon Hing, Bishop Anglikan untuk Diosis Malaysia Barat, dan saya gembira dapat kesempatan sedikit waktu berkongsi dengan anda sesuatu mengenai Covid-19.

Jumaat, 6 Mac 2020

APAKAH ITU BAPTISAN ROH KUDUS?


Apakah itu Baptisan Roh Kudus? Artikel dari laman Gereja Bethel Indonesia, Bogor menjelaskannya:

Pendahuluan

Pengakuan iman GBI mencatat: Baptisan Roh Kudus adalah kurnia Tuhan untuk semua orang yang telah disucikan hatinya. Tanda awal baptisan Roh Kudus adalah berkata-kata dengan bahasa roh sebagaimana diilhamkan oleh Roh Kudus.

Jumaat, 8 November 2019

Adakah Orang-Orang Kristian Akan Menyembah Tuhan Siang Dan Malam, 24 Jam Tanpa Henti Di Syurga?


Seorang kawan menimbulkan soalan dalam kumpulan Facebook. Soalannya seperti ini: 

"Seorang hamba Tuhan katakan bahawa apabila orang Kristian masuk ke syurga, kita akan menyembah Tuhan siang dan malam. Dalam erti kata lain, kerja kita hanya menyembah dan memuji Tuhan 24 jam sehari? Kalau begitu keadaannya, bukankah kita akan menjadi bosan, dan boleh juga jadi gila, sebab bukan hanya tiga bulan tapi selamanya di situ."

Sabtu, 9 Februari 2019

Apakah Bezanya Antara Golongan Pentakosta dan Karismatik?


Pendahuluan

Perkataan karismatik berasal daripada perkataan Yunani charisma, iaitu perkataan Perjanjian Baru untuk karunia rohani. Charisma atau dalam bentuk jamaknya, charismata, adalah perkataan yang digunakan oleh Paulus dalam 1 Kor 1:1-12 ketika dia membincangkan kurnia-kurnia Roh Kudus, seperti bahasa roh, kurnia penyembuhan, mukjizat dan nubuatan. Atas sebab ini, mana-mana kumpulan, gereja atau gerakan yang menyambut dimensi dinamik Roh Kudus dan kurnia-kurnia-Nya melayakkan mereka digelar sebagai karismatik. Atas sebab yang sama, gereja abad pertama juga boleh dipanggil gereja karismatik.

Ahad, 3 Februari 2019

Prinsip Hermeneutika - Bagaimana Untuk Menafsirkan Alkitab Dengan Betul


1. Ayat Alkitab Menafsirkan Ayat Alkitab

Seringkali Alkitab menafsirkan dirinya. Dalam beberapa contoh, seorang penulis Alkitabiah yang lain menafsirkan petikan Alkitabiah yang lain. 

Rabu, 9 Januari 2019

5 Langkah Mudah Untuk Memulakan Saat Teduh


Saya sering bertemu orang yang ingin memulakan saat teduh harian, tetapi tidak pasti bagaimana melakukannya. Ianya tidak sebegitu rumit seperti yang kita fikirkan. Perkara yang paling utama adalah melakukan sesuatu, tetapi seandainya anda adalah salah seorang yang ingin melakukannya tetapi tidak pasti bagaimana...

Jumaat, 28 Disember 2018

Mengapa X-mas Sebenarnya Mengekalkan Kristus Dalam Krismas


Bagi ramai orang yang mencari garis depan dalam "Perang Menentang Krismas," X menandakan tempatnya.  Namun begitu, dari segi sejarah, X-mas mungkin lebih dekat kepada Krismas daripada yang anda sedari.

Rabu, 21 November 2018

Menyembah Tuhan Dalam Pelbagai Bentuk Muzik


Menyembah Tuhan dengan perkataan dan muzik adalah amalan yang setua zaman. Malaikat juga manusia mengangkat suara dan alat-alat untuk menghormati dan memuliakan Pencipta segalanya.

Isnin, 19 November 2018

Adakah Lagu-Lagu Kristian Masa Kini Kurang Nilai Teologinya?



Hampir tiga tahun lalu saya telah mengikuti satu perbincangan di sebuah kumpulan Kristian di Facebook. Dalam perbincangan itu, beberapa ahli kumpulan telah mengkritik lagu-lagu Kristian masa kini dengan mengatakan bahawa lagu-lagu itu kurang nilai teologinya. 

Beginilah respons saya dalam perbincangan itu:

Rabu, 15 Ogos 2018

"Urg Bilang Bukan Bermaksud Tuhan Bilang"


Pastor Edmund Kumar telah mulakan ruangan "Bah, ask a theological question" (Bah, tanyalah soalan teologia) di Instagram. Saya tergelak membaca beberapa jawapan ringkas Ps Edmund untuk soalan-soalan yang telah diajukan.

Rabu, 25 Julai 2018

Apakah Itu Kerajaan Allah Yang Diajar Dalam Kristian?


Seringkali orang-orang bukan Kristian salah faham apabila orang-orang Kristian menyebut mengenai Kerajaan Allah. Mereka tidak menyedari bahawa apabila orang-orang Kristian menyebut mengenai Kerajaan Allah, ianya bukan mengenai sebuah kerajaan politik ataupun kerajaan duniawi. Kerajaan Allah mempunyai maksud lain bagi orang-orang Kristian. 

Khamis, 3 Mei 2018

Dapatkah Iblis Membaca Akal Kita?


Dapatkah Iblis membaca akal anda? Dapatkah Iblis tahu apa yang anda fikirkan? Mari kita selidiki apa yang Alkitab katakan mengenai kebolehan Iblis mengetahui pemikiran anda:

Khamis, 5 April 2018

Adakah Easter Berasal Dari Perayaan Pagan?


Sesiapa yang mendekati polemik anti Kristian akan dengan cepat berhadapan dengan dakwaan bahawa satu perayaan besar yang diamalkan oleh orang-orang Kristian di sekeliling dunia - yakni, Easter - adalah dipinjam dari atau telah mengambil alih satu perayaan pagan. Saya sering berhadapan gagasan ini di kalangan orang-orang Muslim yang mendakwa orang-orang Kristian yang terkemudian telah berkompromi dengan paganisme untuk melunturkan iman asal Yesus. 

Sabtu, 17 Mac 2018

Apakah Erti RIP? Adakah Ianya Mempunyai Makna Kristian?


"Rest in Peace" (dalam Latin: Requiescat in pace) adalah ucapan kenangan atau simpulan kata pendek untuk mengucapkan rehat dan damai kekal kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Ucapan itu biasanya muncul di batu-batu nesan, seringkali diringkaskan menjadi "RIP" atau "R.I.P."

Selasa, 26 September 2017

Tahukah Anda,,, Perkataan Ibrani Untuk Roh Allah?


Perkataan Ibrani ruach bermakna “angin,” “nafas,” atau “roh.” Perkataan itu sering digunakan dalam petikan-petikan Alkitab yang merujuk kepada Roh Kudus.