Memaparkan catatan dengan label Bukti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukti. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2016

Lee Strobel - Wartawan Ateis Yang Menyiasat Kebangkitan Yesus

Lee Strobel telah menuliskan kisah penyiasatannya dalam buku "The Case For Christ"

Oleh Lee Strobel:

Itu adalah berita paling buruk bagi saya sebagai seorang ateis: isteri saya yang agnostik telah mengambil keputusan menjadi Kristian. Dua perkataan melayang di fikiran saya. Yang pertama ialah kata kesat; yang kedua ialah "bercerai."

Saya fikir dia akan menjadi seorang yang akan berubah menjadi seorang yang fanatik agama dan menganggap dirinya lebih suci daripada orang lain. Tetapi dalam bulan-bulan yang berikutnya, saya menjadi sangat hairan dengan perubahan-perubahan positif dalam karakter dan nilai hidupnya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan kemahiran saya dalam kewartawanan dan perundangan (pada waktu itu saya adalah editor perundangan untuk Chicago Tribune) dan menyiasat secara tersusun samada agama Kristian dapat dipercayai. 

Sabtu, 26 Mac 2016

7 Bukti Kebangkitan Yesus


"Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya..." (Filipi 3:10).

Rasul Paulus telah menyatakan bahawa kebangkitan Yesus Kristus adalah batu penjuru iman kita di dalam Dia (1 Kor 15:14). Dan walaupun orang-orang yang skeptik telah cuba membantah hal ini, bukti untuk Allah dan kebangkitan Yesus Kristus tidak dapat dinafikan, jika seseorang rela untuk melihat secara objektif semua bukti-buktinya. Sebenarnya untuk menjadi seorang percaya bukanlah satu lonjakan iman yang buta tetapi satu perhubungan yang nyata dengan Allah yang hidup yang cap jari-Nya kelihatan di manapun kita melihat. 

Terdapat banyak bukti-bukti yang dapat disahkan mengenai kebangkitan Yesus Kristus, dan yang berikut hanyalah tujuh daripadanya.