Bagaimanakah jangkitan Covid-19 saya bermula
Pada hari ketiga selepas disuntik vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin, saya mula berasa tidak sihat. Saya percaya saya telah dijangkiti di situ sebab saya kemudiannya mendapat tahu bahawa empat orang yang lain di pusat itu juga didapati positif. Tambahan pula, saya tidak pergi ke mana-mana selepas disuntik vaksin. Simptom-simptom yang mulai muncul termasuklah suhu badan yang semakin meningkat, batuk kering yang berterusan dan pening kepala yang teruk dengan kehilangan deria merasa dan bau, kelelahan dan kesakitan otot-otot. Saya semakin lemah sambil saya kehilangan selera dan hanya makan sedikit. Saya hampir rebah di bilik mandi dan terpaksa bergegas ke katil dengan rambut dan badan yang basah kuyup.