Jumaat, 22 Mei 2020

Gereja Di Bawah Naungan CCM Terus Ditutup Sehingga PKP Tamat Sepenuhnya



KUALA LUMPUR: Gereja terus ditutup sehingga perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya walaupun kerajaan dalam pengumuman terbaru membenarkan rumah ibadat bukan Islam di kawasan zon hijau dibuka semula pada 10 Jun.

Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia (CCM) Hermen Shastri berkata, sama ada gereja akan dibuka semula pada 10 Jun akan dikaji dengan bijaksana apabila tiba masanya.

“Kami berusaha untuk mengutamakan keselamatan orang ramai sebagai tanggungjawab kerohanian terpenting kami. Keadaan terkini masih sangat tidak menentu dan tidak stabil,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hermen berkata, buat masa ini, perkhidmatan ibadat pada Ahad akan terus ditawarkan menerusi penstriman dalam talian.

- Nota: Gereja yang dimaksudkan di sini merujuk kepada gereja-gereja di bawah naungan Majlis Gereja Malaysia (CCM) sahaja. Berikut ialah senarai gereja-gereja di bawah CCM:

Anglican Diocese of Kuching

Anglican Diocese of Sabah

Anglican Diocese of West Malaysia

The Basel Christian Church of Malaysia

The Evangelical Lutheran Church in Malaysia

The Lutheran Church in Malaysia

Mar Thoma Syrian Church in Malaysia

The Methodist Church in Malaysia

The Methodist Church (Chinese Annual Conference)

The Methodist Church (Sarawak Chinese Annual Conference)

The Methodist Church (Sarawak Iban Annual Conference)

The Methodist Church (Tamil Annual Conference)

The Methodist Church (Trinity Annual Conference)

The Sabah Provisional Annual Conference

Orthodox Syrian Church

The Presbyterian Church in Malaysia

The Protestant Church in Sabah

The Salvation Army

(Diambil daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Gereja Terus Ditutup Hingga PKP Tamat Sepenuhnya" bertarikh 22 Mei 2020)