Memaparkan catatan dengan label Chua Jui Meng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chua Jui Meng. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2015

Kisah Sebenar Di Sebalik Penculikan Anak Lelaki Bekas Menteri

Datuk Chua Jui Meng dan laporan Malay Mail bertarikh 5 Ogos 2004

Pada 4 Ogos 2004, Damien Chua, anak lelaki kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telah dirompak dan diculik bersama keretanya semasa mengisi minyak di stesen minyak Projet di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Diselamatkan Oleh Malaikat - Kesaksian Damien Chua


Damien Chua
Pada sekitar 4 petang, pada 4 Ogos 2004, Damien Chua berhenti di sebuah stesen minyak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Sambil dia mengisi minyak ke dalam keretanya, dua lelaki berusia dua puluhan mendekatinya, mendakwa diri mereka adalah pembantu stesen dan menawarkan untuk membantunya. Chua menolak dan mereka mula berbual-bual dengannya.

Walaupun dia merasa syak, Chua cuma menyangka bahawa mereka ingin menjual barangan curi kepadanya. Sambil dia bersiap untuk pergi, seorang daripada mereka mengeluarkan sebilah parang yang telah disembunyikan dalam bajunya.