Malaysia mesti hentikan usaha-usaha halus oleh kumpulan-kumpulan Islam untuk menukar agama pelajar-pelajar di sekolah-sekolah dan universiti-universiti, kata seorang ahli politik Sabah yang ingin bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai isu yang sudah lama berpanjangan itu.
Memaparkan catatan dengan label Tukar Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tukar Agama. Papar semua catatan
Rabu, 29 Januari 2020
Khamis, 28 April 2016
Gereja-Gereja Sarawak Mahu Jaminan Berperlembagaan Untuk Kebebasan Beragama Ditegakkan
Oleh kerana dua pertiga daripada rakyat Sarawak adalah bukan Muslim, kerajaan negeri haruslah menubuhkan satu kementrian atau jabatan khas untuk memastikan hal-ehwal dan kepentingan mereka terpelihara, kata Biskop Bolly Lapok, Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Di Sarawak.
"Jaminan kebebasan beragama adalah hak berperlembagaan asas yang memerlukan komitmen kuat dan ikhlas dari pihak berkuasa untuk ditegakkan.
Isnin, 25 April 2016
JPN Merayu Keputusan Mahkamah Yang Mengesahkan Hak Seorang Muslim Sarawak Untuk Menjadi Kristian Semula
Jumaat, 25 Mac 2016
Mahkamah: Orang Sarawak Yang Dijadikan Muslim Sewaktu Kecil Ada Hak Jadi Kristian
![]() |
| Mahkamah Tinggi Kuching |
KUCHING: Seorang lelaki Bidayuh dari Sarawak yang telah ditukarkan agama ke Islam sewaktu kanak-kanak telah mendapat pengisytiharan bahawa dia adalah Kristian oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam keputusannya berkenaan semakan kehakiman yang telah dipohon oleh Azmi Mohamad Azam @ Roneey, hakim Datuk Yew Jen Kie berkata ini adalah menurut hak berperlembagaan si pemohon untuk kebebasan beragama oleh kerana dia sudah dewasa sekarang.
Sabtu, 28 Mac 2015
Menteri Sarawak Kecam Guru Cuba Tukar Agama Murid
Dua guru sekolah menengah di Miri, Sarawak yang didakwa cuba
menukar agama murid Dayak menjadi Islam akan diambil “tindakan disiplin” dan
menteri Sarawak menggesa mereka dipindahkan keluar dari negeri itu.
Menteri Sarawak yang lantang Tan Sri James Masing berkata,
jika 2 guru SMK Lutong itu berasal dari Semenanjung Malaysia, mereka seharusnya
dihantar pulang.
Jumaat, 27 Mac 2015
Surat Aduan Pengislaman Tidak Sah Terhadap Anak Di Bawah Umur Di Lutong, Miri
Sedih membaca surat aduan ibu bapa mengenai penukaran agama anak perempuan mereka yang di bawah umur ke Islam oleh gurunya dari SMK Lutong, Miri. Berikut surat aduan ayah tersebut, Ngumbang Anak Achu mengenai perkara tersebut;
Isnin, 9 Februari 2015
Isu Pelajar Peluk Islam: Jilius Bimbang Hilang Anak Terus
![]() |
| Jilius Yapoo, ayah kepada pelajar yang masuk Islam tanpa pengetahuan ibubapa (Foto The Rakyat Post) |
PAPAR, 9 Febuari - Walaupun sedikit rasa terkilan dengan cara pihak sekolah
menolak tanggungjawab atas dakwaan menukar agama anak perempuannya yang masih
di bawah umur, sebagai seorang bapa, Jilius Yapoo merasa lega terdapat sedikit
perkembangan.
Jilius juga diberi kesempatan untuk berbincang dengan anak
perempuannya yang berusia 16 tahun, iaitu anak sulung daripada lapan beradik,
bersama pengetua sekolah Datin Joharah Abdullah, guru sekolah, pegawai daripada
Pejabat Daerah Pendidikan dan polis, secara tertutup.
Seorang Ayah Kristian Sabah Berlinangan Air Mata Ketika Pertama Kali Melihat Anak Perempuannya Bertudung
| Jilius Yapoo dan keluarganya amat bersedih bahawa anak perempuan mereka berusia 16 tahun telah masuk Islam tanpa pengetahuan mereka semasa tinggal di asrama SMK Kinarut, Sabah. |
PAPAR, 8 Februari 2015 - Sambil duduk di beranda rumah kayunya, penoreh getah Sabah, Jilius Yapoo berlinangan air mata apabila dia menceritakan kembali rasa terkejutnya beberapa hari sebelum ini apabila dia pertama kali melihat anak perempuannya yang berusia 16 tahun memakai tudung.
Langgan:
Catatan (Atom)






