Akiane Kramarik duduk bersebelahan potret Yesus yang berjudul "The Prince of Peace" yang dilukisnya ketika berusia 8 tahun |
"Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga" - Matius 18:3.
Filem Heaven Is For Real berdasarkan buku bestseller oleh Todd Burpo, menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang melawat syurga selepas pengalaman hampir maut. Dalam kisah itu, kanak-kanak lelaki itu, Colton menceritakan mengenai perjalanannya kepada keluarganya, mengenai syurga, malaikat-malaikat dan pertemuan dengan Yesus Kristus.
Berikutan ceritanya, bapa Colton yang rasa kurang percaya, menunjukkan kepada anak lelakinya beberapa gambar imej, memintanya mengenalpasti yang mana ialah Yesus. Namun begitu, hanya pada penghujung filem itu, Colton menunjukkan wajah Yesus dari gambar yang ada di laptop ayahnya. Seorang watak yang tidak dikenali dalam filem itu, yang hanya dirujuk sebagai "gadis kecil Lithuania" telah melukis gambar-gambar Yesus, tetapi para penonton tidak diberitahu siapa anak gadis itu, dan bagaimana, sebenarnya, dia berkaitan dengan Colton.
Bagaimanapun Christian Newswire telah mendedahkan bahawa "gadis kecil Lithuania" yang diceritakan dalam filem itu adalah pelukis kanak-kanak terkenal Akiane Kramarik.
Akiane dan Oprah memerhatikan lukisan diri Akiane |
Pada usia 4 tahun, Akiane, yang telah dilahirkan di Morris, Illinois, Amerika Syarikat, mula melihat penglihatan Yesus, syurga dan penciptaan dunia. Dia mula melakar imej-imej yang telah dilihat olehnya dan menulis puisi pada usia 4 tahun, dan akhirnya melanjut ke lukisan cat minyak dan akrilik untuk mencipta imej-imej bertema agama yang menakjubkan.
"Saya belajar sendiri menjadi pelukis," dia memberitahu Children's Digest. "Tuhanlah guru saya."
Pada 2003, dia muncul di Oprah Show untuk membincangkan karyanya. Akiane, yang berusia 9 tahun pada waktu itu, menunjukkan lukisan kegemarannya, suatu lukisan cat minyak yang hanya dinamakan "The Jesus Picture." Apabila Oprah menanya Akiane dari mana dia memperoleh bakatnya, anak gadis itu menjawab terus, "dari Tuhan."
Akiane bersama Oprah dalam rancangan "Oprah Show" pada 2003 ketika berusia 9 tahun |
Menurut sebuah artikel dalam majalah New Connexion, ibubapanya pernah memperhatikan Akiane merenung ke hadapan dengan senyuman di wajahnya. Apabila ditanya apa yang dia sedang lakukan, dia menjawab, "Saya bersama Tuhan lagi, dan Dia memberitahu saya untuk berdoa terus. Dia menunjukkan kepada saya di mana Dia tinggal. Saya menaiki tangga yang lutsinar; di bawahnya saya melihat air terjun mengalir deras, dan sambil saya mendekati-Nya, tubuh-Nya suci dan sangat terang."
Walaupun dia berusia tiga tahun pada waktu itu, dia akan sentiasa ingat pesanan pertama Tuhan kepadanya. "Dia berkata, 'Kamu harus lakukan ini, dan Aku akan menolongmu,' kata-Nya. 'Sekarang kamu boleh menolong orang.' Saya berkata, 'Ya, saya akan.' Tetapi saya katakan dengan kata-kata yang lain dalam fikiran saya. Saya berkata-kata kepada-Nya menerusi fikiran saya," dia memberitahu Christianity Today.
Akiane memberitahu Katie Couric lebih awal tahun ini bahawa dia telah dibesarkan dalam keluarga ateis di mana agama jarang-jarang disebut. Namun begitu, dia tidak pernah mempersoalkan kewujudan Tuhan dan pimpinan tangan-Nya atas kehidupannya.
Akiane (kanan) dalam "Katie Couric Show" pada 2012 semasa berusia 18 tahun |
"Semua karya saya dipengaruhi oleh iman saya," dia memberitahu Katie, mengatakan bahawa dia telah mengalami inspirasi itu dari sejak kecil. Segala-gala yang saya lakukan ada makna secara kerohanian."
Pelukis itu mengatakan bahawa dia mula melukis kerana penglihatan yang dialaminya sewaktu kecil "terlalu rumit untuk disampaikan dengan kata-kata" dan hanya dapat digambarkan melalui seni.
Potret yang digunakan dalam "Heaven Is For Real" adalah imej yang diberi tajuk "Prince of Peace." Akiane memberitahu bahawa dia seperti Colton, telah mula melihat Yesus dan gambaran syurgawi pada usia yang sangat kecil, dan percaya mereka berdua telah dipanggil secara khusus oleh Yesus untuk melakukan pekerjaan-Nya.
Sehingga kini, dia telah menghasilkan lebih daripada 200 karya lukisan dan 800 nukilan sastera di samping dua buku yang merupakan bestseller.
Video: Akiane di "The Oprah Show" (2003) ketika berusia 9 tahun
(Diterjemah daripada artikel Gospel Herald bertajuk, "Image Of Jesus In 'Heaven Is For Real' Painted By 'God-Taught' Young Girl Akiane Kramarik" penulisan Leah Marieanne Klett bertarikh 16 Mei 2014)