Selasa, 26 November 2013

Filem "Heaven Is For Real" Akan Mula Ditayangkan Pada April 2014; Treler Filem Dikeluarkan Oleh Sony Pictures (Video)

Greg Kinnear (kiri) memain peranan sebagai Todd Burpo (ayah) dan
Connor Corrum (kanan) memain peranan sebagai Colton Burpo (anak)
dalam filem "Heaven is for Real" yang akan ditayangkan pada April 2014

Penggambaran ke skrin yang dinanti-nantikan dari buku bestseller Todd Burpo, Heaven is for Real: A Little Boy's Astounding Story of His Trip to Heaven and Back, akan ditayangkan di panggung wayang pada Hari Kebangkitan Yesus yang akan datang, pada 16 April 2014. Sedutan babak daripada filem tesebut, yang mengisahkan mengenai pengalaman hampir kematian yang dilaporkan telah membawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bertemu dengan Yesus Kristus, telah diedarkan (lihat treler filem di bawah). 

Filem ini telah digambarkan di Winnipeg, Manitoba, di bawah pengarah Randall Wallace, yang telah menulis filem "Braveheart" yang memenangi Anugerah Akademi, dan yang telah mengarah "We Were Soldiers," "Secretariat," dan "The Man in the Iron Mask." T.D. Jakes, pastor di Potter's House, Dallas, penulis bestseller dan penerbit filem "Jumping the Broom," adalah seorang penerbit filem ini. 

Filem Sony Pictures ini membintangi Greg Kinnear, Kelly Reilly, Thomas Hadden Church dan pelakon kanak-kanak Connor Corrum.

Pada 2003, Colton Burpo yang berusia 3 tahun hampir-hampir mati selepas apendiksnya pecah. Semasa dalam pembedahan, dia dilaporkan pergi ke syurga dan melihat Yesus. "Hanya selepas empat bulan kami keluar dari hospital, barulah kami mula mendengarkan anak kami," jelas Todd, dalam suatu temuramah 2011 yang telah menerima lebih daripada 16 juta tontonan di Youtube.

Colton menjalani rawatan hospital (Babak dari filem "Heaven is for Real")

"Yesus dan beberapa malaikat datang dan menerbangkanku ke syurga." Colton menjelaskan. Dia mengenali Yesus dengan "tanda-tanda" pada tangan dan kaki-Nya. "Aku berada di bilik takhta Tuhan dari mulanya, jadi aku dapat lihat bagaimana rupanya tempat itu."

"Tuhan menggunakan orang-orang atau benda-benda yang aku suka untuk menenangkan diriku," kata Colton. Sewaktu di syurga, Colton bertemu dengan datuk Todd, Pop, yang merupakan "teladan lelaki paling utama" bagi Todd, tetapi meninggal dunia apabila Todd berusia enam tahun. "Dia sungguh baik," anak yang sudah sembuh itu memberitahu ayahnya, "dulu ayah kecil suka main bersamanya dan bekerja bersama dia di ladang dan memburu binatang bersamanya." Terpegun, Todd mengesahkan kebenaran cerita itu.

Colton juga tahu dia memiliki dua kakak, salah seorangnya yang telah meninggal akibat keguguran. "Emak punya bayi yang mati di perut Mak," katanya kepada ibunya Sonja. Ibunya pun bertanya, "Bagaimana kamu tahu kamu mempunyai dua kakak?" Dia pun menjawab, "Dia yang beritahu saya." Colton memberitahu ibunya bahawa kakaknya "sedang menanti saja kamu datang ke syurga."


Buku "Heaven is for Real"
Apabila Yesus dikatakan memberitahu Colton bahawa dia harus kembali ke bumi, budak itu tidak ingin pergi. "Walaupun aku tidak ingin kembali, Dia mengatakan bahawa Dia sedang menjawab doa ayahku," jelas kanak-kanak itu. 

Buku itu, yang telah diterbitkan pada November 2010, telah mendapat jualan lebih 8 juta naskah dan telah diterjemahkan dalam lebih 30 bahasa. Ianya juga telah menduduki selama lebih dua tahun di senarai bestseller bukan fiksyen bagi buku berkulit nipis New York Times. 


Baca juga "Nyatanya Syurga" - Kisah Seorang Anak Kecil Ke Syurga


Treler Filem "Heaven is for Real" yang dikeluarkan oleh Sony Pictures


(Diterjemah daripada artikel The Christian Post berjudul "'Heaven Is for Real' Set for Easter Opening; Movie Trailer Released by Sony Pictures" bertarikh 18 November 2013 penulisan Alex Murashko)