Selasa, 25 September 2018

Inilah Sebabnya Yesus Tidak Pernah Katakan "Akulah Tuhan" Dalam Alkitab


Dalam Alkitab, kita tidak pernah membaca mana-mana ayat di mana Yesus mengucapkan, "Akulah Tuhan."

Namun begitu, ini tidak bererti bahawa Yesus tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan. Jika dia tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan,  musuh-musuhnya tidak akan menyalibkannya kerana menghujat. Apakah itu "menghujat"? Ianya apabila seseorang mendakwa dirinya Tuhan. 

Ramai orang cuba berhujah bahawa Yesus tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan. Mereka akan katakan seperti ini, "Di manakah ayat Alkitab dia mendakwa dirinya Tuhan?" Kadang-kadang orang-orang Kristian akan tergamam dengan soalan seperti itu sebab mereka tidak dapat mencari ayat yang tepat di mana Yesus berkata, "Akulah Tuhan," dan dengan itu dia tidak pernah mengatakannya. Tetapi ianya ada dalam Alkitab!

Dalam Injil Yohanes, kita diberitahu bahawa orang-orang Yahudi serta-merta mengangkat batu untk melempari Yesus apabila dia membuat kenyataan ini dalam Yohanes 8:58, "Sebelum Abraham ada, AKU ADA" (Before Abraham was, I AM). Pada zaman itu, seseorang itu akan dilempari batu kerana menghujat, kerana mendakwa adalah Tuhan. Orang tidak akan cuba membunuh anda atau menyalibkan anda kerana mendakwa diri seorang yang baik atau berbudi. Maksud saya, mereka juga tidak akan cuba membunuh anda kerana anda gila! Namun begitu, mereka akan membunuh anda tanpa belas kasihan kerana mendakwa diri anda Tuhan.

Ketika Yesus berkata, "Sebelum Abraham ada, AKU ADA," dia mendakwa dirinya Tuhan. Bahasa yang digunakan olehnya mengulangi peristiwa di mana Tuhan menunjukkan dirinya kepada Musa dalam semak yang terbakar (Keluaran 3:14). Tuhan telah berkata kepada Musa, "AKU ADALAH AKU" (I AM WHO I AM). Alkitab Bahasa Yunani, yang dipanggil Septuagint, menterjemahkan ini sebagai "AKULAH DIA" (I Am the Being) dan kenyataan Yesus di sini mengesahkan pengajaran ini. Pada penghujung Alkitab, dalam Wahyu, Yohanes mencatitkannya seperti ini:

"Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa." (Wahyu 1:8)

"Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terkemudian, Yang Awal dan Yang Akhir." (Wahyu 22:13)

Oleh itu, apa yang Yesus katakan bukanlah semata-mata dia telah datang sebelum Abraham dalam sesuatu kewujudan yang sebelumnya, tetapi bahawa Dialah yang telah menciptakan Abraham. Yesus mendakwa bahawa Dialah Tuhan Israel, Pencipta alam semesta seperti yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama. Jika itu bukan dakwaan Yesus, penentang-penentangnya tidak akan pernah membunuhnya atas sebab itu. 

Mereka juga tidak akan menuduh bahawa dia mendakwa diri adalah Tuhan - jika dia tidak mengatakan dirinya Tuhan. Orang-orang Yahudi itu sebenarnya telah mengatakan kepada Yesus, "Bukan kerana suatu pekerjaan baik maka kami mahu melempari Engkau, melainkan kerana Engkau menghujat Allah dan kerana Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Allah" (Yohanes 10:33). 

Masalahnya dengan soalan itu adalah kita cuba membaca teks kuno itu sebagai sesuatu yang telah ditulis hari ini. Yesus bukan sedang menjawab soalan kita, sebenarnya dia sedang menjawab soalan mereka. Dia telah berkata dengan cara khusus kepada sekumpulan orang yang khusus yang memahami jelas apa yang dia katakan. Yesus dulu adalah, dan kini adalah Tuhan. 

Baca juga: Di Manakah Yesus Katakan, "Akulah Tuhan, Sembahlah Aku"?

(Diterjemahkan daripada artikel Core Christianity bertajuk, "Here's Why Jesus Never Said, 'I Am God' In The Bible" yang ditulis oleh Nicholas Davis bertarikh 22 September 2018)