Rabu, 26 September 2018

Penyanyi Kristian Atasi Ariana Grande, Nicki Minaj dan Cardi B di Carta Billboard


Penyanyi Kristian, Lauren Daigle sedang menjadi tajuk besar berita dalam dunia muzik minggu ini selepas album barunya Look Up Child telah bermula di tempat ketiga di Carta Billboard 200. 

Daigle mengatasi nama-nama besar seperti Ariana Grande, Cardi B, Drake dan Nicki Minaj. Hanya dua artis yang dalam kedudukan lebih teratas daripadanya iaitu Paul McCartney dan Eminem, yang memegang tempat pertama dan kedua masing-masing.

Ini menandakan jualan mingguan terbaik bagi sebuah album Kristian dalam hampir sembilan tahun.

"Ini adalah minggu terbesar secara keseluruhan untuk sebuah album Kristian pada 2018, dan yang terbesar untuk mana-mana set Kristian sejak carta-carta mula membuat ranking untuk unit album yang bersamaan sejak hujung 2014," kata Billboard. 


Album Casting Crown bertajuk Until the Whole World Hears pada 2009, adalah album Kristian terakhir yang telah menjual lebih banyak unit dalam masa seminggu.

"Kejayaan album ini menunjukkan sesuatu yang lebih luas: minat yang bertahan dan berterusan untuk muzik Kristian di kalangan pendengar-pendengar Amerika Syarikat," menurut Rolling Stone, "suatu aspek penggunaan muzik yang banyak kali telah diabaikan oleh tajuk-tajuk berita yang mengisytiharkan bahawa rap adalah penggerak tunggal muzik modern di Amerika."

Sebahagian daripada daya tarik Daigle yang berusia 27 tahun adalah muziknya mempunyai daya tarikan yang dapat menyeberangi (crossover) ke pasaran sekular, yang mana katanya muziknya memang dirangka sedemikian. 



"Kami ada ungkapan ini dalam pasukan kami iaitu "Lapangkan tempat khemahmu," dia berkata dalam satu temubual dengan Associated Press. "Dan ianya adalah untuk tidak meninggalkan di belakang sesiapa yang telah mendengar muzik ini setakat ini, dan yang telah bersama saya dalam perjalanan ini sebab saya rasa berterima kasih 100 peratus. Oleh itu saya tidak ingin meninggalkan sesiapa di belakang, tetapi bagaimanakah saya dapat membuat muzik agar orang-orang yang mungkin tidak mendengar muzik Kristian dapat rasa terlibat? Yang mereka juga boleh selami? Adalah sangat penting bagi saya untuk membuat muzik yang menyelubungi benteng-benteng dan yang meruntuhkan benteng-benteng. Orang perlukan kasih. Orang perlukan harapan. Orang perlu sukacita dalam apa pun keadaan hidup."

"[Saya ingin bawakan] unsur-unsur di mana orang-orang yang tidak semestinya orang gereja, atau Kristian, atau apa pun gelarannya, yang tidak sebenarnya mengikuti muzik seperti itu akan dapat mendengar sesuatu dan ianya cukup menarik dan ianya cukup kuat sehingga mereka akan tertarik dan merasa diterima dan diundang." tambah Daigle.

(Diterjemahkan daripada artikel Faith It bertajuk "Christian Single Beats Out Ariana Grande, Nicki Minaj, and Cardi B On Billboard Charts" yang ditulis oleh Kelsey Straeter bertarikh 25 September 2018)