Memaparkan catatan dengan label Easter Sunday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Easter Sunday. Papar semua catatan

Isnin, 18 April 2022

Easter Bukan Berasal Daripada Nama Dewi Kuno Mesopotamia


Hantaran-hantaran media sosial mengatakan Easter berasal daripada Ishtar, nama dewi Assyria untuk seks dan kesuburan - satu dakwaan yang dibangkitkan semula setiap tahun sekitar perayaan Kristian ini. Tetapi para pakar menolak gagasan ini dan mengatakan bahawa Easter difikirkan berasal daripada perkataan yang bermakna Timur (East) dan subuh, atau, kurang mungkin, dari nama suatu dewi Anglo-Saxon, Eostre.

Jumaat, 2 April 2021

Yang Di Pertuan Agong Mengucapkan Selamat Good Friday & Easter Kepada Umat Kristian


Daulat Tuanku!

Setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan perayaan Good Friday dan Easter daripada Tuanku, Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong!

Jumaat, 26 April 2019

Maklumat Terkini - Pengeboman Gereja Dan Hotel Di Sri Lanka

Gereja St Anthony, salah satu gereja Sri Lanka yang diserang pengganas

Pengeboman Semasa Easter

Pengeboman Easter di Sri Lanka adalah serangan pengganas yang terancang yang terjadi pada 21 April 2019, Ahad Easter, apabila tiga gereja Kristian di sekitar Sri Lanka dan tiga hotel mewah di pusat komersial ibu kota Colombo telah disasarkan dalam satu siri pengeboman bunuh diri. Pada hari yang sama kemudiannya pengeboman yang lebih kecil terjadi di kompleks perumahan di Dematagoda dan sebuah rumah tumpangan di Dehiwala.

Khamis, 5 April 2018

Adakah Easter Berasal Dari Perayaan Pagan?


Sesiapa yang mendekati polemik anti Kristian akan dengan cepat berhadapan dengan dakwaan bahawa satu perayaan besar yang diamalkan oleh orang-orang Kristian di sekeliling dunia - yakni, Easter - adalah dipinjam dari atau telah mengambil alih satu perayaan pagan. Saya sering berhadapan gagasan ini di kalangan orang-orang Muslim yang mendakwa orang-orang Kristian yang terkemudian telah berkompromi dengan paganisme untuk melunturkan iman asal Yesus. 

Rabu, 4 April 2018

"Yesus Telah Mengubah Hidupku": Justin Bieber Berkongsi Kesaksian Easternya Yang Sangat Berkuasa


Bintang pop Justin Bieber telah menjadi semakin lantang mengenai iman Kristiannya pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan pada Easter kali ini, dia ingin menyatakannya dengan jelas: Easter hanyalah berkenaan satu perkara sahaja, dan itu adalah Yesus Kristus.