Isnin, 18 April 2022

Easter Bukan Berasal Daripada Nama Dewi Kuno Mesopotamia


Hantaran-hantaran media sosial mengatakan Easter berasal daripada Ishtar, nama dewi Assyria untuk seks dan kesuburan - satu dakwaan yang dibangkitkan semula setiap tahun sekitar perayaan Kristian ini. Tetapi para pakar menolak gagasan ini dan mengatakan bahawa Easter difikirkan berasal daripada perkataan yang bermakna Timur (East) dan subuh, atau, kurang mungkin, dari nama suatu dewi Anglo-Saxon, Eostre.

"Ini adalah Ishtar: disebut 'Easter'" kata satu meme yang dikongsikan dalam hantaran Faccebook pada 20 Mac 2021 sebelum cuti 4 April. 

Ianya seterusnya mendakwa bahawa, "Easter asalnya adalah perayaan Ishtar, dewi Assyria dan Babylon untuk kesuburan dan seks. Simbol-simbolnya (seperti telur dan arnab) adalah pada waktu itu dan juga pada masa kini simbol untuk kesuburan dan seks."

"Selepas Konstantin membuat keputuan untuk mengkristiankan Empayar Rum, Easter telah diubah untuk mewakili Yesus. Tetapi pada asal-usulnya Easter (iaitu cara kamu menyebut Ishtar) adalah semuanya mengenai merayakan kesuburan dan seks," hantaran itu menambahkan. 


Dakwaan-dakwaan itu telah dikongsikan ribuan kali di media sosial setiap tahun sekitar Easter sejak sekurang-kurangnya 2013. Pada tahun itu, ianya telah dipos ke laman Facebook Richard Dawkins Foundation for Reason and Science - yang mempromosikan "sudut pandangan dunia sekular" - dan telah dikongsikan 226,000 kali. (Richard Dawkins dikenali dengan fahaman ateisnya). 

Pada 2016, satu hantaran Facebook yang membuat dakwaan ini - yang juga muncul dalam YouTube - telah dikongsikan 338,000 kali.

Namun begitu, gagasan bahawa Easter berkait dengan Ishtar adalah palsu. 

"Penyamaan Ishtar dengan Easter adalah gila," Jacob Lauinger, profesor madya Assyrialogi di Universiti John Hopkins memberitahu AFP menerusi emel.

Berbicara mengenai sebutan Ishtar sebagai Easter, Lauinger berkata, "Kita tahu sangat sedikit mengenai bagaimana perkataan dan nama-nama Akkadian (yang mana Assyria adalah satu dialeknya) telah disebut, tetapi ianya kelihatan pada suatu waktu, Ištar telah disebut issar."

Andrew McGowan, dekan Berkeley Divinity School, Universiti Yale, telah berkata menerusi emel, "Kaitan dengan Ishtar itu sesungguhnya adalah mitos modern" 

"Terdapat konsensus bahawa... 'Easter' berasal daripada perkataan Germanic untuk Timur (East), iaitu arah, dan secara kaitannya dengan subuh dan lain-lain," katanya.

Mendiang profesor emeritus keagamaan Universiti Duke, Hans Hillerbrand menulis bahawa ianya diterima secara umum bahawa frasa Latin yang merujuk minggu Easter, in albis, difahamkan sebagai  bentuk jamak untuk alba (subuh), telah menjadi eostarum dalam bahasa Old High German, kemudian Easter dalam Bahasa Inggeris dan Ostern dalam Bahasa Jerman modern.

Menurut McGowan, "Easter, dalam erti kata lain, cuma bererti suatu perayaan berkaitan dengan East (Timur), lebih khususnya kepada hari yang baru terbit (subuh). Idea ini wujud dalam Kekristianan awal (doa-doa umpamanya dilakukan menghala ke Timur kerana jangkaan ketibaan Yesus pada "hari" atau zaman baru) tanpa memerlukan atau mengusulkan sebarang penjelasan lain. 

"Dalam keadaan apapun, nama itu adalah petanda yang membawa kita tersasar dari hal sebenar, sebab hanya dalam konteks Germanic dan Inggeris, bahasa 'East' digunakan untuk perayaan itu," kata McGowan. 

Perkataan Easter dalam bahasa-bahasa lain seperti Perancis (Pâques) atau Sepanyol (Pascua) berasal dari kata Latin dan Yunani, Pascha, bererti Paskah, yang dikenali sebagai Pesach dalam bahasa Ibrani, katanya.

Ishtar

Visual yang digunakan dalam hantaran-hantaran media sosial dikenali sebagai "Burnley Relief," atau "Queen of the Night," suatu panel tanah liat Babylon yang telah diciptakan sekurang-kurangnya pada abad ke-18 Sebelum Masihi dan disimpan di British Museum di London.

Dia difikirkan adalah dewi dari rantau Mesopotamia, kemungkinan Ishtar, Ereshkigal, atau Lilith, suatu watak roh jahat.

Isthar merupakan dewi cinta seksual - tetapi juga perang - biasanya digambarkan dengan singa dan mempunyai pintu pagar stor sebagai lambangnya, bukannya telur ataupun arnab, menurut Encyclopedia Britannica dan laman ini mengenai dewi itu.

Baca juga: Adakah Easter Berasal Dari Perayaan Pagan? (mengenai kaitan dengan dewi Eostre)

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel AFP Fact Check bertajuk, "Easter Not Derived From Name of Ancient Mesopotamian Goddess" yang ditulis oleh Louis Baudoin-Laarman bertarikh 3 April 2021)