Memaparkan catatan dengan label Peter Chong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peter Chong. Papar semua catatan

Selasa, 14 November 2017

Penculik Nafi Culik Koh, Kata Saksi Kepada Suhakam


BEKAS ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Peter Chong memberitahu siasatan awam Suhakam beliau ditahan di Thailand oleh tiga lelaki yang menafikan terlibat menculik Pastor Raymond Koh, tetapi mendesaknya berhenti menganjurkan himpunan nyalaan lilin untuk Koh dan tiga lagi yang hilang.

Khamis, 20 April 2017

Peter Chong Pertahan Dakwaan Culik


PETALING JAYA: Aktivis Peter Chong akhirnya bersuara mengenai kehilangannya selama 2 minggu itu dan mempertahankan dakwaan dirinya diculik di Thailand.

Rabu, 19 April 2017

Polis Haadyai: Tidak Ada Laporan Mengenai Penculikan Peter Chong


BANGKOK: Polis belum menerima sebarang laporan mengenai dakwaan aktivis Peter Chong bahawa dia telah diculik di bandar Haadyai dan dibawa ke Pattaya baru-baru ini, begitu kata Ketua Polis Haadyai Col Kittichai Santatavorn.

Isnin, 17 April 2017

Kedutaan Malaysia Bantu Pastikan Peter Chong Pulang Selamat


KUALA LUMPUR: Peter Chong, bekas anggota perbandaran Petaling Jaya, yang telah dilaporkan hilang dan kembali dua minggu kemudiannya telah meminta pertolongan daripada Kedutaan Malaysia di Bangkok untuk mengatur perjalanan pulangnya.

Diculik Di Thailand: Peter Chong Kembali Dengan Selamat Ke KL

Peter Chong (kanan) dengan seorang pegawai polis di KLIA

PETALING JAYA: Aktivis Peter Chong Fook Meng yang telah kehilangan sejak 5 April, sudah kembali dengan selamat kepada keluarganya setelah mendakwa diculik di Thailand. 

Rabu, 12 April 2017

Aktivis Peter Chong Yang 'Hilang' Kini Di Negara Thai, Kata IGP


KUALA LUMPUR: Peter Chong, bekas ahli majlis Petaling Jaya, telah menyeberangi sempadan Bukit Kayu Hitam ke Negara Thai pada hari dia dikatakan hilang. 

Isnin, 10 April 2017

Seorang Lagi Aktivis Hilang Sejak Rabu Lalu

PETALING JAYA: Kehilangan Pastor Raymond Koh dan 3 individu lain belum terungkai, kini seorang lagi aktivis dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Kehilangan Peter Chong yang juga bekas pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa disahkan anaknya, Darryl Chong.