Memaparkan catatan dengan label Tanda-Tanda Di Langit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanda-Tanda Di Langit. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2019

Imej Yesus Muncul Di Langit Sambil Matahari Bersinar Melalui Awan-Awan Di Itali


Foto-foto yang dramatik telah muncul menunjukkan apa yang kelihatan seperti imej Yesus yang berkilauan di atas sebuah bandar Itali sambil sinaran matahari menyinari melalui awan-awan. 

Khamis, 25 Januari 2018

Malaikat Di Langit Malam


Saya boleh saja terlalu asyik memandang ke langit yang bergemerlapan dengan bintang; pernah sekali saya meninggalkan hidangan malam hangus terbakar di dapur setelah seseorang mengatakan, "Sudahkah kamu lihat besarnya bulan di luar?" 

Isnin, 29 Mei 2017

Kanak-Kanak 7 Tahun Mengambil Foto "Malaikat Pelindungnya"


Seorang jurufoto terkejut besar apabila anaknya yang tidak bercakap yang mengidap Down's Syndrome mengambil satu foto menakjubkan yang dipercayainya adalah malaikat pelindung anaknya. 

Sabtu, 17 September 2016

Apa Yang Kelihatan Seperti Malaikat Tuhan Muncul Dalam Foto Di Atas Tapak Menara World Trade

Rich McComark menangkap gambar satu penjelmaan syurgawi di atas tapak World Trade Center

Seorang jurufoto bebas telah menangkap apa yang kelihatan seperti penjelmaan syurgawi semasa mengambil foto acara peringatan 11 September 2001.

Isnin, 18 Januari 2016

Foto Salib Di Langit Pagi Menjadi Viral

Foto yang mengkagumkan dari Machaele Loraff semasa matahari terbit (Facebook/Matt Rudkin)

Seorang wanita sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila sinaran cahaya suria membuatnya terpegun.

Khamis, 9 April 2015

Awan Berbentuk Peta Sabah Di Kudat

Foto awan yang berbentuk peta Sabah yang telah diambil di daerah Kudat.

Pemandangan kejadian ini dikatakan dilihat di salah sebuah sekolah di daerah Kudat pada 6hb April 2013 dan gambar ini diambil oleh salah seorang guru di sekolah tersebut yang dikenali sebagai Jem Jenz Jlilys. Sekolah yang dimaksudkan ialah Kolej Vokasional Kudat di Sikuati, Kudat.

Isnin, 29 September 2014

Bentuk Awan Menarik Di San Diego

Bentuk awan di San Diego (klik di gambar untuk imej lebih besar)

Kami telah melihat beberapa bentuk awan yang menarik di San Diego baru-baru ini, tetapi ini mungkin yang paling menarik! Penonton 10News Maribel melihat ini di luar rumahnya di San Marcos semalam dan menghantar kepada kami gambar-gambar itu. 

Sabtu, 12 April 2014

Apakah Implikasi Kejadian "Blood Moon" Pada 2014 dan 2015?


Mungkin anda sudah pun mendengar mengenai Blood Moon yang akan terjadi sebanyak 4 kali dalam 2014 dan 2015. Berikut maklumat yang aku kumpulkan mengenai fenomena ini yang akan mula berlaku Selasa hadapan - Blood Moon yang pertama akan muncul pada 15 April 2014!

Khamis, 27 Februari 2014

Malaikat Di Langit? (10 Foto Awan Berbentuk Malaikat Di Palm Beach, Florida)

Gambar diambil oleh Brandon Stockwell (dari laman WPTV)

Pelbagai orang telah menyaksikan di langit apa yang merupai malaikat. Beberapa gambar telah diambil oleh beberapa orang di Palm Beach, Florida dan telah dihantar kepada beberapa suratkhabar terkenal seperti WPTV, Huffington Post, ABC WPBF, di antaranya.

Seorang wartawan dari WPTV menekankan bahawa "pelbagai saksi, pelbagai foto, bukan photoshop!"

Apakah pandangan anda mengenai ini?

Lihatlah gambar-gambar berikut dan buat kesimpulan anda sendiri.

Sabtu, 18 Januari 2014

'Tangan Tuhan' Dikesan Oleh Teleskop Angkasa Lepas NASA

Imej "Hand of God" yang diambil oleh teleskop NASA

Tangan itu kelihatan seperti x-ray daripada bilik doktor, tetapi ianya sebenarnya segumpalan bahan-bahan yang telah terlontar keluar daripada sebuah bintang yang meletup. Kapal angkasa NuStar milik NASA telah mengambil imej struktur itu dalam pancaran X-ray kuasa tinggi untuk pertama kalinya, ditunjukkan dengan warna biru. Cahaya x-ray yang berkuasa lebih rendah yang sebelumnya dikesan oleh Chandra X-ray Observatory milik NASA ditunjukkan dengan warna hijau dan merah. (Gambar: NASA/JPL-Caltech/McGill).

Selasa, 14 Januari 2014

Peta Malaysia Dan Indonesia Di Langit

Apakah yang anda dapat lihat dalam gambar ini? Gambar ini telah diambil oleh Patrick Leong, penyanyi lagu Kristian popular Malaysia pada tahun 2005 sewaktu kesesakan lalulintas di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bacalah terjemahan daripada kesaksiannya mengenai gambar ini, seperti yang telah dimuatkannya di Facebook pada 4 Januari lalu.

Jumaat, 26 April 2013

Kesaksian Tanda-Tanda Ajaib Di Langit Kuching (Pantai Siar 1990)

Pada tahun 1990, sekumpulan pelajar perempuan dan dua orang guru mengikuti sebuah kem muda-mudi yang telah membawa kebangunan rohani kepada ahli-ahli dan gereja-gereja di Kuching. Sebagai salah satu kejadian penglihatan terbuka yang paling kerap diceritakan di Kuching, tanda-tanda dan keajaiban di Pantai Siar telah terus membawa impak dalam kehidupan ramai orang.

"Masih jelas dalam fikiranku. Aku tidak dapat lupakan pengalaman-pengalaman seperti ini," kata Florence Tan, salah seorang daripada 37 pelajar perempuan yang mengikuti kem Anglican Youth Society yang menakjubkan itu lebih kurang 20 tahun yang lalu. Sebagai pelajar berusia 14 tahun, dia masih ingat penukaran tempat kem apabila dua guru itu memberitahu pelajar-pelajar itu bahawa mereka akan ke Pantai Siar dan bukannya ke Pantai Pandan seperti yang telah dirancangkan.


Florence Tan dengan gambar-gambar lakaran akan tanda-tanda dan keajaiban
seperti yang diterbitkan oleh salah seorang gurunya selepas kem di Kuching

Jumaat, 14 September 2012

Gempuru Besai Dan Peta Malaysia Di Langit


Greman Ujang (foto), seorang pemimpin muda Kristian Iban, sangat tergerak hatinya untuk bangsanya ketika menghadiri Konferensi Pan Borneo / Kalimantan di Sibu, Sarawak pada April 1997. Pada waktu itu, Greman adalah wakil Sarawak dan Sabah untuk Asian Outreach yang juga merupakan penganjur konferensi itu.

Berikut ini kisah bagaimana Gempuru Besai Iban telah bermula di Sarawak dan peranan yang dimainkan oleh Greman Ujang dalam Gempuru Besai itu (dipetik dan diterjemahkan daripada artikel majalah Asian Beacon edisi Jun-Julai 2012 bertajuk "Gathering the Ibans" ditulis oleh Peter de Run).

Kedua-dua Greman dan seorang pastor bangsa Kenyah, Tunggi Balan, yang berbahasa Iban, yang telah mengikuti konferensi itu, mendengar Tuhan dengan jelas memanggil mereka untuk menyatukan umat yang berbahasa Iban di Sarawak, mengasihi mereka dan membawa Kerajaan Tuhan kepada mereka.