Apakah yang anda dapat lihat dalam gambar ini? Gambar ini telah diambil oleh Patrick Leong, penyanyi lagu Kristian popular Malaysia pada tahun 2005 sewaktu kesesakan lalulintas di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bacalah terjemahan daripada kesaksiannya mengenai gambar ini, seperti yang telah dimuatkannya di Facebook pada 4 Januari lalu.
Patrick Leong |
Aku percaya masanya sudah tiba untukku menyatakan apa yang telah kualami secara peribadi bersama Tuhan dalam tahun-tahun dan musim-musim hidupku. Apa yang aku kongsikan di sini adalah gambar yang telah diambil pada 2005, dan sejak waktu itu aku menanti waktu yang 'tepat' untuk menyatakannya. Walaupun aku pernah menceritakan mengenai perkara ini di beberapa tempat di mana aku telah dijemput untuk melayani, aku rasa seperti musim dan masa untuk menyatakannya kepada SEMUA sudah tiba.
BAGAIMANA GAMBAR INI TELAH DIAMBIL
Aku seorang yang suka membawa kameraku ke mana-mana (gambar ini telah diambil dengan kamera SONY generasi pertama Cyber-shot Carl Zeiss 5.1 Mega Pixes) pada tahun 2005. Aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Jalan Tun Razak (sebelum Wentworth Hotel) menghala ke Sungai Besi dan aku memandang ke langit dan melihat cahaya yang menerangi awan-awan yang berlapis-lapis, dan aku terfikir untuk mengambil fotonya. Tidak terlihat apa-apa pada waktu itu tetapi kemudiannya baru aku menyedari bahawa ianya menunjukkan peta Malaysia dan Indonesia.
BILAKAH AKU PERNAH MENERBITKAN GAMBAR INI?
Aku telah menggunakannya untuk kulit albumku yang kedua "UNTO YOU" yang telah dilancarkan pada Januari 2006. Gambar di atas ialah warna yang sebenar tetapi untuk kulit ALBUM, warnanya telah diubah tetapi bentuk awan-awannya tidak pernah diedit.
Kulit album "Unto You" (2006) oleh Patrick Leong |
MENGAPA DICERITAKAN SEKARANG?
Secara jujur, aku tidak tahu kenapa aku begitu (bernasib baik, mendapat penghormatan, direncanakan Tuhan) untuk menangkap gambar ini, tetapi apa yang aku akan katakan ialah, aku percaya DIA tahu musim yang Malaysia akan tujui, dan peribadi yang telah direncanakan untuk dilahirkan pada masa dan tempat yang tepat yang Dia tentukan dan aturkan.(KPR 17:26). Aku percaya kisahku mengambil gambar ini bukan secara kebetulan, tetapi bermaksud untuk musim di Negara kita, seperti yang sedang terjadi sekarang.
BAGAIMANA ANDA PASTI INI MENUNJUKKAN MALAYSIA DAN INDONESIA?
Kalau difikirkan, betapa BERNASIB BAIK atau adakah ianya MAKSUD TUHAN untuk satu pernyataan kebenuaan seperti ini, dibentuk oleh awan-awan untuk SEMUA 4 kawasan darat Semenanjung, Malaysia Timur, Sumatera dan Jakarta, semuanya DALAM SATU GAMBAR FOTO YANG DIAMBIL dengan pembentukan awan-awan dalam satu detik dan waktu. Ini pastinya satu petanda Tuhan untuk kita.
Aku berharap kita semua tidak akan pergi ke segala tempat mengambil gambar apa saja dan membuat macam-macam tanggapan kecuali ianya betul-betul jelas. Bagi mereka yang juga telah mengambil gambar imej tertentu di langit, aku pasti anda juga terdorong.
Untuk Tubuh Kristus di MALAYSIA, terimalah dorongan ini tetapi juga bersiap-sedia.
Ini adalah musim bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga Indonesia.
MENGAPAKAH AKU MEMBERIKANNYA TAJUK "SIGNS OF HIS MOVING"?
Pada pendapatku cahaya yang terang itu menunjukkan KEMULIAAN TUHAN. Apabila kemuliaan-NYA datang, ianya datang untuk menyucikan SEMUA dalam sinaran-NYA.