Memaparkan catatan dengan label Petrus Agung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petrus Agung. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mac 2016

Saya dan Petrus Agung


Oleh John Binsar Gideon Sitorus:

Saya kehilangan orang yang tidak saya kenal secara peribadi. Ya, saya tidak kenal dia secara peribadi walaupun judul tulisan ini seolah-olah saya kenal beliau. Saya hanya pernah bersentuhan dengannya di beberapa malam pengurapan yang bukan hanya saya saja yang diurapi tapi ribuan bahkan mungkin puluhan ribu orang yang mendapat kesempatan yang sama. Tetapi, saya harus menulis bagaimana Tuhan mengubah begitu banyak aspek hidup saya melalui pelayanannya. Namanya Petrus Agung Purnomo. Saya tidak begitu hafal gelaran yang tercantum di depan atau di belakang namanya, yang saya tahu hidupnya punya sumbangan besar untuk siapa diri saya sekarang. Entah saya harus bersedih kerana dia pulang atau bergembira kerana dia bersama Tuhan, yang pasti saya bersyukur Tuhan pakai hidupnya secara luar biasa terutama untuk saya secara peribadi.

Isnin, 14 Mac 2016

Pastor Petrus Agung Bina "Holy Stadium" Di Semarang, Indonesia

Gereja JKI Injil Kerajaan, "Holy Stadium" di Semarang, Indonesia

Bukanlah satu perkara biasa untuk melihat gereja yang saiznya sebesar stadium di Indonesia, negara Muslim terbesar di dunia. Tetapi Jemaat Kristen Indonesia (JKI) tidak takut untuk mengambil risiko.

Meskipun terdapat undang-undang tradisi yang melarang mana-mana kumpulan untuk membina bangunan yang lebih besar daripada masjid besar di kota itu, jemaat itu, yang terletak di Semarang, ibukota Jawa Tengah, sedang membina sebuah arena dengan 12,000 tempat duduk yang digelar "Holy Stadium" yang dijangka akan dibuka pada musim bunga ini.