Memaparkan catatan dengan label Kebebasan Beragama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebebasan Beragama. Papar semua catatan

Khamis, 16 September 2021

Suara Dari Sabah Rayu PM Hentikan RUU Sekat Sebar Agama Bukan Islam


Kumpulan Sabah, dalam perutusan Hari Malaysia mereka, merayu Putrajaya untuk tidak meneruskan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sedang disusun kerajaan.

Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah Jerry Dusing mengingatkan kepada kepada laporan 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold, yang membawa kepada pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Rabu, 1 Ogos 2018

Duta Besar Amerika Ke PBB, Nikki Haley Menyebut Mengenai Perjalanan Imannya Di Persidangan Kebebasan Beragama


Duta Besar Amerika Syarikat ke Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley telah menyampaikan beberapa kenyataan yang berwibawa di Persidangan Kebebasan Beragama. Mendedahkan butir-butir menarik mengenai migrasi keluarga Sikhnya ke Amerika Syarikat, Haley menceritakan mengenai perjalanannya menjadi Kristian dan keistimewaan yang dialaminya ketika membesar di sebuah negara yang memartabatkan kebebasan beragama.

Isnin, 9 Februari 2015

Kerajaan Arahkan Mara Hentikan Larangan Agama Terhadap Pelajar-Pelajar Bukan Islam

Dato' Seri Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KUCHING: Mara akan diarahkan untuk menghentikan suatu larangan di maktab-maktabnya dan kampus universitinya di Sabah dan Sarawak, menteri persekutuan yang bertanggungjawab, Shafie Apdal, mengumumkan hari ini selepas bantahan daripada ibubapa-ibubapa bukan Muslim pribumi yang anak-anak mereka mengikuti pendidikan di institusi-institusi Mara.

Sabtu, 31 Januari 2015

Batu Sumpah: Kata-Kata Penting Yang Hilang Akan Dipulihkan

Batu Sumpah di Keningau

Kota Kinabalu: Tiga perkataan penting "Kerajaan Malaysia Jamin" yang telah dipadamkan oleh orang yang tidak berprinsip daripada Batu Sumpah Keningau yang bersejarah akan dipulihkan kembali. Batu itu juga akan dipindahkan ke tapak baru dan diisytiharkan sebagai warisan nasional. 

Jumaat, 19 September 2014

Pemimpin-Pemimpin Sabah Membantah Kehilangan Kata-Kata Penting Pada Batu Sumpah Di Keningau

Perkataan "Kerajaan Malaysia Jamin" tidak terdapat pada papan
tulisan Batu Sumpah yang ada di Keningau sekarang

KOTA KINABALU, 18 September - Pemadaman tiga perkataan yang melafazkan "jaminan" kerajaan persekutuan kepada Sabah dari Batu Sumpah di Keningau telah membangkitkan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin negeri yang kini mendesak bahawa ianya dikembalikan kepada perkataan asalnya. 

Tidaklah jelas bila perubahan itu terjadi, tetapi gambar-gambar terdahulu batu bersejarah itu menunjukkan bahawa ianya dahulunya mengandungi kata-kata "Kerajaan Malaysia Jamin" yang kini lenyap daripada deklarasi tiga perkara itu. 

Selasa, 16 September 2014

Memperingati Batu Sumpah Di Keningau, Sabah

Replika Batu Sumpah di Muzium Sabah

Di hadapan bangunan Pejabat Daerah Keningau terletak sebuah batu besar yang ditegakkan pada 1964. Batu ini dipanggil Batu Sumpah yang ditegakkan sebagai tanda penerimaan masyarakat di Pedalaman terhadap Malaysia, sebuah negara yang dibentuk pada 1963.