Manusia sememangnya diciptakan untuk berhubung dan
berinteraksi dengan satu sama lain. Perasaan kasih, sayang, dan perasaan
tertarik kepada orang yang berlawanan jenis adalah perasaan yang normal dan
memang ada di dalam DNA setiap manusia. Bagaimanapun, hubungan adalah sesuatu
yang sangat kompleks dan rumit untuk dibincangkan, apalagi untuk dijalani. Ada
banyak masalah yang timbul, terutamanya apabila hubungan tersebut tidak dibina
dan didasarkan pada firman Tuhan.
Memaparkan catatan dengan label Nasihat Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat Cinta. Papar semua catatan
Jumaat, 8 April 2022
Khamis, 4 Februari 2021
4 Webinar Cinta Bijak Oleh Pastor Peter De Run
Pastor Peter de Run akan menjalankan webinar Cinta Bijak selama 4 minggu berturut-turut sepanjang bulan Februari 2021.
Isnin, 18 Januari 2021
"Dapatkan Seorang Lelaki Yang Lebih Mencintai Anda..."
Mungkin
anda akan terkejut mendengar ini: isteri saya sering mengatakan perkara yang
sama, iaitu isteri saya sering mengatakan perkara yang serupa dengan apa yang
dikatakan oleh Pastor Philip Mantofa.
Rabu, 11 September 2019
Jadilah Sahabat Dahulu, Kata Pastor Peter Di Seminar Cinta Bijak
Seminar Cinta Bijak 101 telah diadakan di Rawang, Selangor dua hari yang lalu. Seramai 65 orang mengikuti seminar itu di Gereja City of Praise, Rawang, Selangor. Penceramah seminar adalah Pastor Peter De Run dan Pastor Joe Mosinkai.
Sabtu, 10 Ogos 2019
Seminar Cinta Bijak Akan Diadakan Di Rawang, Selangor Pada 8 & 9 September 2019
Shalom! Seminar Cinta Bijak akan diadakan di Rawang, Selangor pada 8 & 9 September 2019 ini.
Bagi pemuda-pemudi Kristian di Kuala Lumpur dan Selangor, inilah kesempatan untuk mengikuti seminar yang diasaskan dan pelopori oleh pastor berpengalaman Pastor Peter De Run. Pastor Peter akan disertai oleh Ps Joe Mosinkai sebagai pembicara di seminar ini.
Sabtu, 22 Jun 2019
Jom! Sertailah Seminar Cinta Bijak, Kuching Pada 13 Julai 2019!
Berita baik! Seminar Cinta Bijak akan diadakan di Kuching tidak lama lagi! Seminar yang disediakan untuk anak-anak muda Kristian ini dianjurkan oleh Cinta Bijak 101 dan akan membariskan penceramah-penceramah popular Rev Peter De Run, Rev Abraham Stephen dan Sdr Richard Angelus.
Selasa, 21 Mei 2019
2 Pastor Bergabung Sampaikan Seminar Cinta Di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Pastor Edmund Kumar (Jelajah Cinta) dan Pastor Peter Claude de Run (Cinta Bijak 101) telah bergabung untuk menyampaikan seminar "Boy Girl Relationship" di Gereja All Saints di sini Sabtu lalu.
Khamis, 14 Februari 2019
10 Cara Untuk Mencari Pasangan Hidup Anda
Saya ada beberapa kawan yang membenci Februari. Mereka tidak menghantar bunga atau coklat pada Hari Valentine. Mereka tidak tunggu sejam untuk mendapatkan tempat duduk di restoran pada 14 Februari seperti pasangan-pasangan lain yang dilamun cinta. Perayaan ini adalah peringatan yang menyakitkan bahawa cinta romantik telah mengelakkan mereka.
7 Sentuhan Bermakna Yang Setiap Suami Harus Gunakan Untuk Mendekati Isterinya
Baru-baru ini saya menelefon untuk bertanya khabar ayah saya yang kurang sihat. Setelah bercakap selama beberapa minit, saya bertanya mengenai isterinya (bukan emak saya). Mereka telah menikmati perhubungan yang indah selama 45 tahun perkahwinan. Ayah saya berkata, "Dia baik-baik saja, dia duduk di sini dan memegang tanganku."
Ahad, 23 September 2018
Ketika Cinta Harus Menunggu
Sabtu, 12 Mei 2018
2 Peraturan Emas Dalam Berpacaran Kristian
Berpacaran adalah sebahagian daripada hidup kita yang tidak harus diambil ringan atau pun diabaikan. Berpacaran seharusnya dirancangkan, diusahakan dan didoakan. Waktu ini adalah persiapan kita untuk perkahwinan dan komitmen seumur hidup bersama pasangan kita.
Ahad, 5 November 2017
Inilah 7 Tanda Bahawa Si "Dia" Adalah Yang Tuhan Siapkan Bagimu
‘Sudah 5 tahun aku pacaran dengan dia, ternyata dia bukan orang yang tepat’
Ketika mendengarkan perkataan teman saya ini, saya kemudian
berubah sikap. Dari yang simpati mendengarkan kisah yang diceritakannya dengan
penuh cucuran air mata, menjadi sikap kehairanan. 5 tahun mereka berhubungan, dan
baru sekarang sedar? Apa yang mereka lakukan selama 5 tahun itu?
Rabu, 22 Mac 2017
10 Petanda Perhubungan Sulit Secara Emosi
Jika anda pernah dalam keadaan di mana anda berfikir, "Baguslah suami/isteri saya tidak melihat ini," anda sudah keluar dari batasan dan anda sedang bermain dengan api. Perkahwinan yang sihat memerlukan kepercayaan dan ketelusan yang penuh. Jangan BERHENTI bermain cinta dengan pasangan anda dan jangan MULA bermain cinta dengan sesiapa pun yang lain.
Isnin, 13 Mac 2017
Mengapa Orang Kristian Tidak Harus Berpacaran Dengan Bukan Kristian?
Ini adalah soalan yang sering ditanya, tetapi tidak selalu dijawab dengan tepat. Hal ini mengelirukan, membingungkan malahan menimbulkan kemarahan orang-orang Kristian mahupun bukan Kristian. Ianya kelihatan seperti elit, beranggapan diri lebih baik daripada orang lain dan memandang rendah orang lain.
Tetapi percayalah saya. Ianya tidak sepatutnya begitu.
Jumaat, 10 Mac 2017
Ketika Tuhan Berkata Pemuda Itu Bukan Untukku
Oleh Ruth Theodora, Jakarta:
Sakit. Sedih. Kecewa. Itulah yang kurasakan ketika aku
akhirnya putus dari pacarku setelah kami menjalin hubungan selama 3 tahun 7
bulan. Di saat aku telah mendoakan hubungan ini dan membayangkan akan menikah
dengannya, ternyata hubungan kami harus terkandas di tengah jalan. “Aku rasa aku
tidak sungguh-sungguh mencintaimu,” begitulah alasan yang diucapkannya ketika
memintaku untuk putus.
Jumaat, 24 Februari 2017
"Tolong Jangan Kahwin Dengan Dia"
"Jangan pernah mengahwini seseorang dengan harapan dia akan berubah, Kahwinilah seseorang sebab dia sudah berubah."
Isnin, 10 Oktober 2016
Nasihat Perkahwinan Yang Terbaik
Oleh Dave Willis:
Ketika saya dan Ashley berkahwin 13 tahun yang lalu, kami muda dan sedang bercinta, tapi kami juga kurang pengetahuan (terutamanya saya)! Dalam perjalanan kami, kami telah mendapat daripada begitu ramai orang yang telah berkongsi dengan kami nasihat yang baik dan pengalaman hidup yang telah membantu keluarga kami melalui waktu-waktu senang dan susah. Melalui masa bertahun saya telah mengumpulkan beberapa nasihat terbaik yang telah dikongsi oleh orang lain dengan kami (dan beberapa yang telah saya pelajari daripada kesilapan diri).
Jika anda mengapplikasikan 25 prinsip di bawah dalam perhubungan anda, ianya boleh membawa perbezaan yang mengubah kehidupan dalam perkahwinan anda!
Rabu, 8 Jun 2016
7 Ciri Penting Untuk Dicari Dalam Pasangan Hidup
![]() |
| Pastor Rick Warren dengan isterinya Kay |
Oleh Rick Warren:
Jika anda menantikan isteri yang sempurna atau suami yang sempurna, ianya tidak akan terjadi begitu saja. Biarlah saya jelaskan kenapa: Kita semua kurang sempurna. Itu OK sebab Tuhan masih mengasihi anda. Tetapi anda perlu memahami bahawa siapapun yang anda kahwini adalah kurang sempurna.
Semua orang kurang sempurna, tetapi ada orang yang jauh kurang sempurna berbanding orang lain. Dan anda perlu mengelakkan mereka tidak kira berapa kacak, kaya, atau baiknya mereka. Anda perlu mengetahui kesihatan emosi bakal pasangan anda sebelum anda memulakan suatu hubungan jangka panjang.
Selasa, 3 Mei 2016
Pasangan Yang Berdoa Bersama Kekal Bersama - Hasil Kajian
W. Bradford Wilcox dan Nicholas H. Wolfinger telah membuat kajian mengenai bagaimana iman Kristian telah membantu dua daripada etnik minoriti terbesar, bangsa Afrika dan Latin di Amerika Syarikat, yang paling terdedah kepada cabaran. Berikut ialah petikan daripada temubual antara Morgan Lee dari laman Christianity.com dengan W. Bradford Wilcox;
Selasa, 5 April 2016
9 Kesilapan Yang Perlu Dielak Oleh Orang-Orang Bujang Dan Pasangan Baru Berkahwin
Jika anda akan berkahwin tidak lama lagi atau baru-baru saja berkahwin, saya ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan anda dan pasangan anda ke suatu dunia yang sungguh baru, suatu hidup yang sungguh baru. Tahukah anda kenapa? Pasangan-pasangan baru berkahwin adalah seperti pelajar-pelajar baru yang baru memasuki universiti. Pada mulanya, anda merasa sungguh gembira bahawa anda berjaya memasuki menara gading. Tetapi apabila kursus-kursusnya bermula, dengan kerja-kerja kursus dan seminar-seminar, anda mula tidak suka universiti dan tidak sabar-sabar untuk lulus pengajian di situ. Perkahwinan juga seperti itu.
Langgan:
Catatan (Atom)



















