Sabtu, 5 Mei 2018

Kisah Hidup Pastor Ray Cunningham Dari Borneo Evangelical Misison (BEM) Telah Diterbitkan!


Inilah catitan menarik yang saya baca dari Facebook James Ritchie pagi tadi:

BUKU TERBARU SARAWAK:

Kisah Hidup Pastor Ray Cunningham dari Borneo Evangelical Mission (BEM) - satu Kisah dan Perjalanan Bergambar seorang askar Australia yang kemudian bertukar menjadi penginjil yang berada 40 tahun di Sarawak menjangkau orang-orang pagan kita di kawasan pedalaman!!!!

Pada hari ini, pada usia 95 tahun, Ray yang sudah tua dan Evelyn yang dikahwininya di Lawas pada 1953, masih terus berdoa untuk Sarawak dan Malaysia!!!!!

Pada 1948, dua tahun selepas dia mendarat di utara Sarawak dengan angkatan Perikatan dan dalam persiapan dihantar pulang ke negaranya sendiri, dia mengambil keputusan untuk pergi ke Lawas untuk menjadi seorang pastor. 

Pada 1997, Ray melawat Lio Matu - salah satu perkampungan Kenyah kegemarannya - untuk bertemu sahabat-sahabat lamanya termasuk bekas TK Belawan Lenjau, ayah kepada sahabat Facebook Semuel Belawan!!!


Buku bermuka surat 100 helaian ini boleh diperolehi di gereja-gereja BEM/SIB di Kuching Ahad ini. Ianya mengandungi 120 foto asli dari 1950an sehingga 1990an!!!!

Kulit depannya memaparkan Ray sebagai askar berusia 18 tahun di Brunei/Miri/Labuan dan kulit belakangnya menunjukkan Ray dan Evelyn dalam pakaian pengantin bersama Datuk Joseph Balan Seling yang masih remaja dan kawan-kawan dari Lio Matu. 

Kata-kata pendahuluan telah ditulis oleh Timbalan Speaker, Datuk Gerawat Gala dan mesej oleh Presiden BEM, Reverend Dato Justine Wan.

(Diterjemahkan daripada catitan Facebook James Ritchie bertarikh 5 Mei 2018)