Sabtu, 5 Mei 2018

Laluan Udara Kuala Lumpur-Singapura Paling Sibuk Di Dunia



SEJUMLAH 30,537 penerbangan yang melalui laluan Kuala Lumpur-Singapura direkodkan sebagai laluan rangkaian udara paling sibuk di dunia.

OAG Aviation Worldwide dalam satu kenyataan berkata, rekod tertinggi itu adalah bagi tempoh 12 bulan berakhir Februari 2018 diikuti dengan laluan penerbangan Hong Kong-Taipei di tempat kedua dengan 28,887 penerbangan.

Laluan penerbangan Jakarta-Singapura di tempat ketiga dengan 23,704 penerbangan.


Antara syarikat penerbangan yang menggunakan laluan ini termasuk syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia, Malindo Air, Jetstar, Scoot dan syarikat tekemuka, Malaysia Airlines dan Singapore Airlines.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Jualan Serantau OAG bagi Jepun dan Asia Pasifik, 14 daripada 20 laluan paling sibuk di dunia, termasuk lapan daripada 10 tempat teratas adalah antara bandar raya di Asia.

(Diambil daripada artikel Astro Awani bertajuk, "Laluan Penerbangan Kuala Lumpur - Singapura Paling Sibuk Di Dunia" oleh Siti Nursyazwani bertarikh 4 Mei 2018)