Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2023

Sejarah Terjemahan Alkitab - Bahagian 3 (Perjanjian Lama Diterjemahkan ke Bahasa Syriak)


Kemungkinan pada akhir abad pertama atau kedua Selepas Masihi tetapi pastinya sebelum abad keempat, Perjanjian Lama juga telah secara berasingan diterjemahkan ke dalam satu dialek timur Aramaik yang penting yang dikenali sebagai bahasa Syriak.

Isnin, 13 Februari 2023

Sejarah Terjemahan Alkitab - Bahagian 1 (Septuagint - Perjanjian Lama Diterjemah dari Bahasa Ibrani ke Bahasa Yunani)


Orang-orang Yahudi telah menterjemahkan Kitab Suci mereka dari bahasa Ibrani ke dalam bahasa Yunani - kitab bahasa Yunani itu yang terdiri dari Perjanjian Lama dikenali sebagai Septuagint.

Rabu, 22 Jun 2022

Sejarah Gereja Protestant Church in Sabah (PCS)


Protestan Church in Sabah atau PCS (Bahasa Melayu: Gereja Protestan di Sabah) ialah salah satu daripada empat gereja ahli Persekutuan Dunia Lutheran di Malaysia. Ia kini mempunyai 322 jemaah di seluruh negara di 21 paroki dengan jumlah 32,000 ahli yang dibaptis, menjadikan PCS yang kedua terbesar daripada empat badan Lutheran di negara ini. Keahlian PCS terutamanya terdiri daripada orang asli Sabah. Presiden PCS pada waktu ini ialah Rev Justin Sansalu.

Selasa, 11 Februari 2020

Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20


Asal-Usul Gerakan Pentakosta Abad Ke-20

Charles F. Parham

Charles F. Parham

Golongan "Pentakosta" pertama pada zaman modern muncul pada 1901 di kota Topeka, Kansas di sebuah Sekolah Alkitab yang dikendalikan oleh Charles Fox Parham, seorang guru aliran Holiness dan bekas pastor Methodist. Pada Januari 1901, Parham telah menyuruh pelajar-pelajar di Sekolah Alkitab itu mengkaji Alkitab demi mencari bukti alkitabiah berkenaan menerima baptisan Roh Kudus.

Selasa, 17 Disember 2019

Anak Kecil Yang Mendapat Penglihatan Bagi Bangsa Armenia


Ini adalah salah satu kisah yang akan membuat anda terkagum. Pada 1853, ada seorang nabi anak kecil lelaki Rusia berusia 11 tahun dan tidak berpendidikan. Keluarganya adalah sebahagian daripada gereja-gereja Pentakosta Rusia yang telah bermigrasi ke Armenia. Namanya adalah Efim Gerasemovitch Klubniken. Efim akan dikenali sebagai seorang yang menghabiskan berjam-jam dalam doa, kadangkalanya berhari-hari dan malam berpuasa dan berdoa tanpa rehat. 

Sabtu, 9 November 2019

Sejarah Ringkas - Pengakuan Iman Rasuli


Pengakuan Iman Rasuli adalah satu daripada tiga pengakuan iman yang dianggap asasi untuk doktrin Gereja Kristian -- dua lagi adalah Pengakuan Iman Nicene dan Pengakuan Iman Chalcedon. Pengakuan-pengakuan iman ini telah membantu meneguhkan pola iman Kristian ortodoks sepanjang berkurun-kurun. Pengakuan Iman Rasuli adalah definisi awal iman sejati Kristian, yang dipercayai sesetengah orang berasal langsung dari Rasul-Rasul yang asal itu.

Khamis, 26 September 2019

Sejarah Awal Kristian Di Sarawak


Dalam banci 2010, umat Kristian (termasuk Katolik) merupakan 42% daripada penduduk Sarawak.

Berdasarkan peratusan ini, kemungkinan terdapat 1.18 juta orang Kristian daripada jumlah populasi negeri seramai 2.8 juta orang pada 2019. Dan berdasarkan trend pelbagai denominasi, lebih kurang separuh adalah Katolik, bererti 590,000 Katolik dan 590,000 Protestan.

Jumaat, 28 Jun 2019

Sejarah Terjemahan Kitab Bible Ke Dalam Bahasa Melayu



Artikel ini telah ditulis oleh penulis bukan Kristian, namun begitu terdapat maklumat yang berguna di dalamnya untuk pengetahuan kita. 

Percayakah anda jika kami katakan usaha menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu sebenarnya sudah pun bermula sejak abad ke 16 lagi?

Khamis, 14 Februari 2019

Jumaat, 28 Disember 2018

Mengapa X-mas Sebenarnya Mengekalkan Kristus Dalam Krismas


Bagi ramai orang yang mencari garis depan dalam "Perang Menentang Krismas," X menandakan tempatnya.  Namun begitu, dari segi sejarah, X-mas mungkin lebih dekat kepada Krismas daripada yang anda sedari.

Sabtu, 8 September 2018

Mereka Datang... Dan Mereka Bina Sekolah-Sekolah Mubaligh

Penang Free School

Misionari-misionari Anglikan adalah yang pertama memulakan sekolah mubaligh di Malaysia. Pada 1816, Rev Robert Hutchings telah membuka Penang Free School. Ianya kemudian telah diserahkan untuk ditadbir oleh kerajaan.

Sabtu, 4 Ogos 2018

Mesin Cetak Dan Alkitab Gutenberg Yang Mengubah Sejarah


Kita tahu di zaman digital ini, internet telah mengubah dunia. Tapi tahukah anda lebih 500 tahun yang lalu, seorang lelaki Jerman bernama Johannes Gutenberg telah mencipta sebuah mesin yang telah mengubah dunia pada zamannya? Dan Alkitab adalah bahagian penting dalam kisah itu...

Isnin, 11 Jun 2018

Tahukah Anda... Bangunan Paling Terkenal Di Rusia Ini?


Di antara semua gereja di Rusia, yang paling terkenal terletak di Moscow: Katedral St Basil. Sebagai pusat kepada Gereja Ortodoks Rusia, Moscow adalah tapak kepada banyak gereja yang cantik dan penting, dan St Basil yang terletak di Dataran Merah (Red Square), adalah salah satu bangunan yang paling dikenali di dunia. Kubah-kubahnya yang terang berwarna-warni seringkali adalah imej yang dikaitkan oleh orang ramai dengan Moscow dan dengan Russia secara umum. 

Rabu, 13 Disember 2017

Gereja St George, Pulau Pinang Siap Dibina Pada 1818


Didedikasikan kepada santo penaung England, Gereja St George adalah gereja Anglikan tertua dibina di Asia Tenggara dan yang terbesar di Malaysia. Pada 1817, bibit untuk pembinaan rumah ibadah yang besar ini telah ditabur dan setahun kemudian, pembinaan disiapkan dengan kos 60,000 dolar Sepanyol - jumlah yang cukup besar pada zaman itu!

Selasa, 12 Disember 2017

Gereja St Michael & All Angels, Sandakan Mula Dibina Pada 1893


Tahukah anda bahawa Gereja St Michael & All Angels di Sandakan, Sabah telah direkacipta oleh seorang arkitek dari New Zealand yang rekacipta asalnya mencadangkan kayu belian digunakan untuk membina bangunan itu? 

Selasa, 31 Oktober 2017

9 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai Reformasi Protestan


Pada 31 Oktober 1517, Seorang rahib Jerman yang kurang dikenali telah mengubah haluan sejarah dengan cara yang masih terus membentuk dunia modern. Pada tahun ini, pada tarikh yang sama, 560 juta umat Protestan di dunia akan merayakan ulangtahun ke-500 apa yang dikenali sebagai Reformasi. Berikut adalah 9 perkara untuk diketahui mengenai Reformasi Protestan itu dan kenapa ianya masih relevan setengah millennium kemudian.

Sabtu, 7 Januari 2017

Tahukah Anda... Mengapa Sebilangan Kristian Merayakan Krismas Pada 7 Januari?

Orang-orang Kristian Ortodoks di Ukraine merayakan Krismas di gereja pada 7 Januari

Untuk kebanyakan orang di Amerika, Krismas telah berlalu hampir dua minggu yang lalu. Namun begitu, untuk 300 juta Kristian Ortodoks (11.9% populasi Kristian dunia) yang di sekeliling dunia, 7 Januari adalah Hari Krismas.

Untuk memahami sebabnya untuk penetapan tarikh yang unik ini untuk Krismas, kita perlu melihat sejenak sejarah Gereja dan kembali ke 1054 Tahun Masihi, iaitu secukup 500 tahun sebelum Reformasi Protestan. Pada waktu itu dan untuk hampir seribu tahun sebelum itu, 5 Biskop memerintah Gereja Kristian di seluruh dunia yang diketahui.

Jumaat, 6 Januari 2017

Siapakah Yang Telah Menyusun Pembahagian Fasal Dan Ayat Dalam Alkitab?

 
Sesiapa yang mengetahui mengenai Magna Carta (Piagam Agung) dan Raja John kemungkinan telah mendengar mengenai Stephen Langton, Biskop Besar Canterbury, yang telah merundingkan perdamaian di antara raja itu dan para bangsawannya yang memberontak dan memungkinkan terbentuknya Piagam Agung itu.  

Isnin, 5 September 2016

Sybil Kathigasu - Wirawati Berani Di Tengah Penjajahan Jepun


Dua hari lepas (3 Sep 2016), Google telah melancarkan Google Doodle dengan logo yang memperingati Sybil Karhigasu, seorang jururawat Malaya berbangsa Eurasia, yang dikenali dengan keberaniannya di bawah Penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.