Orang-orang Kristian Ortodoks di Ukraine merayakan Krismas di gereja pada 7 Januari |
Untuk kebanyakan orang di Amerika, Krismas telah berlalu hampir dua minggu yang lalu. Namun begitu, untuk 300 juta Kristian Ortodoks (11.9% populasi Kristian dunia) yang di sekeliling dunia, 7 Januari adalah Hari Krismas.
Untuk memahami sebabnya untuk penetapan tarikh yang unik ini untuk Krismas, kita perlu melihat sejenak sejarah Gereja dan kembali ke 1054 Tahun Masihi, iaitu secukup 500 tahun sebelum Reformasi Protestan. Pada waktu itu dan untuk hampir seribu tahun sebelum itu, 5 Biskop memerintah Gereja Kristian di seluruh dunia yang diketahui.
Kisah 5 Biskop
5 Kawasan Apostolik yang diperintah itu adalah Yerusalem, Antiokia, Alexanderia, Constantinople, dan Rum. Pemisahan Besar 1054 telah menyaksikan Kawasan-Kawasan Apostolik Yerusalem, Antiokia, Alexanderia dan Constantinople tidak bersetuju dengan Kawasan Apostolik Rum dalam beberapa isu, termasuk tuntutan Paus sebagai ketua semua gereja-gereja. Ketidaksetujuan itu begitu kuat sehingga pepecahan berlaku, pepecahan yang masih wujud hingga ke hari ini. Kawasan Apostolik Rum kita kenal sebagai Gereja Roman Katolik, sementara empat Kawasan Apostolik lain telah bersama-sama membentuk Gereja Ortodoks, atau kadang-kala dikenali sebagai Gereja Ortodoks Timur. Gereja Ortodoks menjadi gereja yang dominan di kebanyakan negara-negara Eropah Timur dan juga Greece dan Rusia.
Kalendar Yang Tidak Tepat?
Pada 1054, pada waktu Pemisahan Besar, semua Gereja di mana-mana menggunakan kalendar Julian yang telah dicipta di bawah pemerintahan Julius Caesar. Bagaimanapun pada 1582, Paus Roman Katolik Gregory telah mencadangkan kalendar yang baru kepada gerejanya.
Julius Caesar telah memperkenalkan kalendarnya pada tahun 45 Sebelum Masihi dan ianya adalah kalendar rasmi di dunia yang diketahui untuk kira-kira seribu lima ratus tahun, tetapi kemudian pada 1560 seorang ahli kaji bintang, bernama Luigi Ghiraldi, mengajukan bahawa kalendar Julian tidak begitu tepat. Dia berhujah bahawa kalendar Julian tersilap sebanyak 11 minit dan 14 saat, yang mana berjumlah satu hari dalam setiap 128 tahun, untuk sejumlah 13 hari. Pada 1582, untuk memperbetulkan masalah itu Paus Roman Katolik Gregory XIII memansuhkan kalendar "Julian yang lama" itu dan menggantikannya dengan sistem Ghiraldi.
Sistem "baru" yang disarankan oleh Ghiraldi itu dikenali ramai sebagai "kalendar Gregorian". Oleh kerana kalendar Gregorian yang baru itu berbeza daripada kalendar Julian yang lebih tua itu sebanyak 13 hari, Krismas kini akan dirayakan 13 hari lebih awal, pada 25 Disember yang "baru."
Oleh kerana Gereja Ortodoks tidak ada hubungan dengan Gereja Roman Katolik, maka ianya terus saja menggunakan kalendar Julian.
Kalendar Gregorian itu seterusnya telah diamalkan bukan sahaja oleh Gereja Roman Katolik, tetapi juga kerajaan-kerajaan Barat dan juga oleh pihak Reformasi Protestan. Pada hari ini, di negara-negara Kristian Ortodoks, seperti Rusia, Georgia, Romania, Ethiopia, Ukraine, Serbia dan Moldova, kerajaan-kerajaannya dan sektor-sektor kewangannya ditadbir mengikut kalendar Gregorian, tetapi Gereja Ortodoks masih terus menggunakan kalendar Julian yang lebih lama itu untuk semua urusan berkaitan Gereja.
Satu nota menarik bagi orang-orang Amerika adalah oleh kerana "kalendar Gregorian yang baru" belum lagi diterima sepenuhnya dalam dunia sekular sehingga 1923, Jajahan awal di Amerika masih beroperasi menggunakan kalendar "lama" Julian.
25 Disember adalah 7 Januari?
"Ianya kelihatan mengelirukan pada mula-mulanya, tetapi Krismas sebenarnya dirayakan di kedua-dua kalendar pada 25 Disember," kata Father Matthew Floyd, paderi di Gereja Ortodoks Saint Nino di Stillwater. "Apabila kita mengatakan bahawa orang-orang Kristian Ortodoks merayakan Krismas pada 7 Januari, apa yang kita maksudkan sebenarnya adalah 25 Disember pada kalendar Julian jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregorian. Jadi sebenarnya, Krismas masih diamalkan pada 25 Disember - cuma yang kebetulannya ianya jatuh 13 hari kemudiannya di kalendar Julian."
Father Matthew meneruskan untuk berkata bahawa "tarikh yang unik untuk Krismas itu ada kelebihannya. Ramai orang Amerika merasakan Krismas telah terlalu dikomersialkan. Orang-orang Kristian Ortodoks dapat mengelakkan sebahagian daripada ini. Kebanyakan daripada kami merayakan "Krismas Barat" dengan ahli keluarga besar kami yang bukan Ortodoks pada 25 Disember. Kami membuka hadiah-hadiah, menonton American football, dan perkara-perkara lain yang biasa, dan kemudiannya kami menantikan waktu yang secara nyata lebih rohani dan sunyi, dengan kebaktian Gereja Ortodoks pada 7 Januari."
Berpuasa Sebelum Krismas?
Pengamalan Krismas oleh umat Ortodoks (yang disebut Perayaan Kelahiran Tuhan dan Allah dan Juruselamat Kita Yesus Kristus Secara Manusiawi) banyak berbeza dengan amalan Barat. Walaupun Kristian Ortodoks juga mengamalkan musim Advent 40 hari, ianya bertujuan sebagai masa untuk berpuasa, berdoa dan melakukan kebajikan. Perayaan dan makan besar bermula selepas kebaktian Gereja pada 7 Januari.
"Samada anda merayakan Krismas pada 25 Disember atau 13 hari kemudian, ianya masih mengkagumkan bahawa lebih 2,000 tahun selepas kelahiran Yesus, dunia masih berhenti sejenak untuk mengakui kelahiran-Nya sebagai manusia pada hari ini."
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Gospel Herald bertajuk, "Why Do Some Christians Celebrate Christmas On 7 January?" yang ditulis oleh St. Nino Orthodox bertarikh 6 Januari 2017)