Ini adalah 5 perkara yang kita boleh doakan sempena pilihanraya kali ini:
1. Doakan pilihanraya yang aman - yang bebas dari gangguan dan kekacauan.
2. Doakan pilihanraya yang bersih - yang bebas daripada tipu helah dan penipuan.
3. Doakan hikmat untuk para pengundi - untuk memilih calon dan parti yang tepat untuk kawasan dan negeri mereka.
4. Doakan agar Tuhan membangkitkan pemimpin-pemimpin yang baik dan benar.
5. Doakan kerajaan yang baik akan ditubuhkan - yang akan memerintah dengan adil dan saksama.
Pertama-tama aku menasihatkan: Naikkanlah permohonan, doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan. Itulah yang baik dan yang berkenan kepada Allah, Juruselamat kita, yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran (1 Tim 2:1-4)
