Isnin, 24 Julai 2017

Kadar Kelahiran Rendah - Peratusan Populasi Cina Di Malaysia Dianggar Jatuh Ke 18% Menjelang 2040


Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan baru-baru ini, populasi Cina di Malaysia yang dianggarkan pada 23.2 peratus pada tahun ini (2017) akan jatuh sehingga 18 peratus pada tahun 2040.

Kadar kelahiran per keluarga Cina telah jatuh dari 7.4 pada tahun 1957 ke 1.4 pada 2015, dan ini merupakan faktor terbesar kejatuhan peratusan bangsa Cina di Malaysia.  

Berikut ialah carta anggaran populasi Malaysia untuk tahun 2040 (diperolehi dari laman Cilisos) berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia:



Menurut data Jabatan Perangkaan, pada tahun 2040, jumlah penduduk di Malaysia dianggarkan 41,5 juta. Daripada jumlah itu, Bumiputera merangkumi 26.9 juta (64.9%), Cina 7.4 juta (18%), India 2.3 juta (5,7%), Lain-Lain Bangsa 0.5 juta (1.3%) dan Bukan Warganegara Malaysia 4.1 juta (10%).