Sabtu, 22 Ogos 2026

Pandangan Saya Mengenai Kedatangan Hillsong ke Kota Kinabalu - Cyril E. Justin


Oleh Cyril E. Justin:

Ini isi hati saya tentang kedatangan Hillsong di KK, dan saya berusaha menyampaikan ini dengan telus dan bertanggungjawab.

Discernment bukan bermaksud kita datang dengan mindset mencari kesalahan. Discernment bermaksud kita cukup matang untuk menguji, belajar, mengambil yang baik, dan tetap menjadikan Kristus pusat segala sesuatu. Dan menyampaikan discernment kita dengan baik.

Firman Tuhan berkata, “Ujilah segala sesuatu dan peganglah yang baik.” - 1 Tesalonika 5:21

Ayat ini bukan hanya berkata uji, tetapi juga peganglah yang baik.

Sebagai orang yang pernah terlibat dalam muzik dan produksi gereja/konferensi keagamaan, saya melihat muzik, lighting, sound system, visual, arrangement dan kreativiti bukan secara automatik sebagai “entertainment”. Semua itu adalah tools. Persoalannya ialah: untuk siapa dan untuk tujuan apa kita menggunakannya?

Dalam Perjanjian Lama sendiri, pelayanan kepada Tuhan melibatkan pemuzik yang terlatih dan teratur. Raja Daud menetapkan orang-orang untuk pelayanan muzik (Ruj: 1 Tawarikh 25), dan Alkitab menyebut mereka yang “dilatih bernyanyi untuk TUHAN” (Ruj: 1 Tawarikh 25:7).

Jadi, excellence dan spirituality tidak semestinya bertentangan.

Lighting yang baik tidak menghilangkan hadirat Tuhan.

Sound system yang baik tidak menjadikan gereja sebuah konsert.

Musician yang skillful tidak semestinya sedang menunjuk diri.

Production yang besar juga tidak semestinya bermaksud Injil sudah hilang.

Sebaliknya, gereja yang sederhana juga tidak secara automatik lebih rohani.

Masing-masing dengan kelemahan, kekuatan, cabaran etc etc etc

Yesus Kristus sendiri membawa kita kepada perkara yang lebih dalam:

Firman Tuhan berkata, “Penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran.”-Yohanes 4:23

Jadi ukuran utama ibadah bukan berapa banyak lampu, tetapi siapa yang dimuliakan. Bukan sama ada muzik itu besar atau kecil, tetapi sama ada Kristus tetap menjadi pusatnya.

Tentang kelemahan, kontroversi atau kegagalan sebuah gereja atau peribadi, kita memang perlu belajar daripadanya. Tetapi kita juga harus berhati-hati supaya budaya discernment tidak perlahan-lahan berubah menjadi budaya suspicion (prasangka).

Tentang Hillsong dan kegagalan peribadi/pemimpin mereka…

Ya, Hillsong mempunyai sejarah kontroversi dan kegagalan kepimpinan yang serius. Perkara seperti itu tidak perlu disembunyikan atau dipertahankan secara membuta tuli. Jangan cakap Hillsong, dalam gereja kita masing-masing pun perkara ini wujud…

Tetapi kita juga perlu konsisten secara teologi.

Kalau kegagalan manusia secara automatik membatalkan segala sesuatu yang pernah dihasilkan melalui pelayanan mereka, kita akan menghadapi masalah yang jauh lebih besar, sebab…

ALKITAB SENDIRI PENUH DENGAN MANUSIA YANG GAGAL.

Daud jatuh dalam dosa yang sangat serius.

Petrus menyangkal Yesus.

Jemaat Korintus mempunyai masalah moral dan doktrin yang berat.

Namun Tuhan tetap bekerja melalui manusia yang tidak sempurna.

Ini bukan alasan untuk mengabaikan dosa atau accountability. Sebaliknya, ia mengingatkan kita bahawa Kristus adalah Kepala Gereja…

bukan Hillsong,

bukan pastor,

bukan worship leader dan,

bukan denomination kita!

Kerana kalau standard kita ialah sebuah pelayanan mesti mempunyai sejarah yang sempurna sebelum kita boleh belajar daripadanya, akhirnya kita tidak dapat belajar daripada sesiapa. Gereja terdiri daripada manusia yang sedang dibentuk oleh anugerah Tuhan.

Di Sabah, saya rasa kita mempunyai peluang yang lebih besar, dan dengan beberapa post yang viral tentang Hillsong yang datang ke KK nanti, daripada kita sekadar bertanya:

“Apa yang salah dengan Hillsong?”

Mungkin kita juga boleh bertanya:

“Apa yang gereja-gereja di Sabah boleh belajar supaya kita semakin baik dalam melayani generasi kita sendiri?”

Kita ada bahasa, budaya dan muzik yang sangat unik & kaya; Kadazan-Dusun, Murut, Rungus dan banyak lagi. Bayangkan dengan theological depth, budaya Sabah, muzik yang excellent dan production yang baik dapat bertemu dalam satu pelayanan yang tetap berpusat kepada Kristus. Dan sememangnya kita sudah ada di track ini.

Kita tidak perlu menjadi Hillsong.

Kita tidak perlu menjadi JPCC.

Kita tidak perlu menjadi NDC.

Kita tidak juga dihalang untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka yang baik, dan memberkati.

Tetapi…

Kita perlu menjadi gereja di Sabah yang semakin matang, kreatif, excellent dan setia kepada Injil.

“Worship Night” tapi kena beli tiket?

Ini pun menjadi perdebatan.

Ada yang berkata:

“Kalau betul worship, kenapa perlu beli tiket?”

“Beli tiket mahal-mahal, tapi persepuluhan diabaikan”

Kalau dari sudut legal, boleh kena sue orang yang cakap tentang sumbangan/persepuluhan orang lain sebab ini kebocoran data peribadi. Macam mana mereka tahu orang itu tidak menyumbang? 🤔🫣

Logically, orang yang mampu beli tiket tidak akan pernah lupa memberi dirumah Tuhan.

Memang, pertanyaan dan pernyataan itu valid. Tetapi jawapannya tidak semudah “worship tidak sepatutnya berbayar.” “Ada duit tapi tidak memberi sumbangan. Saya suka komen seseorang mengatakan,”Jangan sibuk tentang sedekah orang lain.” Ada betul juga disitu. Kan…

Now…

Kita tidak membeli akses kepada Tuhan.

Kita tidak membeli hadirat Tuhan.

Kita tidak membeli keselamatan, berkat atau urapan.

Kalau itu yang dijual, memang kita mempunyai masalah teologi yang serius.

Tetapi tiket acara biasanya membayar sesuatu yang sangat fizikal: venue, PA system, lighting, LED, rigging, crew, security, logistics, flights, accommodation, permits, insurance dan tenaga kerja.

Kita orang Sabah faham benda ini.

Bawa satu production besar masuk KK bukan macam angkat gitar masuk gereja lalu terus main. 😄

Bahkan gereja kita sendiri membayar elektrik, membeli microphone, servis aircond, membeli drum, bayar lesen tertentu, maintain sound system dan kadang-kadang menyewa dewan untuk conference.

Jadi bayaran untuk menghadiri sebuah acara Kristian tidak secara automatik bermaksud seseorang sedang “menjual penyembahan.”

Yang perlu diuji ialah apa yang sebenarnya sedang dikomersialkan dan apakah tujuan acara tersebut.

Jangan ukur spiritualiti melalui harga tiket.

Kalau seorang Kristian membayar RM200 untuk konsert sekular, kita mungkin tidak berkata apa-apa.

Kalau dia membayar tiket flight ke KL untuk conference Kristian, kita faham ada kos.

Kalau dia beli tiket flight beribu ringgit untuk holiday, kita faham.

Kalau gereja membuat youth camp dan mengenakan registration fee untuk makan, penginapan dan venue, kita pun faham.

Jadi jangan tiba-tiba apabila namanya Night of Worship, kewujudan tiket sahaja menjadi bukti bahawa ibadah sudah dikomersialkan.

Pada masa yang sama, penganjur Kristian juga mempunyai tanggungjawab moral.

Jangan manipulate jemaat.

Jangan menjual “anointing”.

Jangan menjadikan akses kepada pelayanan sebagai ukuran status.

Dan kalau mampu, fikirkan bagaimana mereka yang kurang berkemampuan juga boleh dilayani.

Kasih karunia tidak dijual. Tetapi event memang mempunyai kos.

Dua perkara itu boleh benar pada masa yang sama.

Dan kepada para worship musician di Sabah…

Kalau Hillsong datang KK, saya melihatnya sebagai peluang. Pergilah kalau mahu. Pergilah kalau berkesempatan, dan ada duit lebih untuk beli tiket.

Dengarlah.

Belajarlah tentang arrangement, worship leading, sound, lighting, media, teamwork dan bagaimana mereka membina pengalaman congregational worship.

Tetapi jangan datang hanya sebagai peminat.

Dan jangan juga datang hanya sebagai pengkritik.

Datanglah sebagai murid Kristus yang mahu belajar.

Ambil yang baik.

Uji dengan Firman.

Tinggalkan yang tidak sesuai.

Dan gunakan apa yang kita pelajari untuk melayani gereja kita dengan lebih baik.

Kerana akhirnya, bukan Hillsong yang kita mahu besarkan.

Bukan production kita.

Bukan musician kita.

Bukan gereja kita.

Firman Tuhan berkata, “Ia harus makin besar, tetapi aku harus makin kecil.”-Yohanes 3:30

Biarlah Kristus semakin besar, dan segala kreativiti, muzik, teknologi dan excellence kita hanyalah alat untuk memuliakan-Nya.

Selamat malam.

Salam damai.

Shalom.

P/S - Saya dan isteri akan pergi konsert Israel & New Breed ['TIL THE WHOLE WORLD KNOWS TOUR 2026] di Hakka Hall pada 25 Oktober nanti. Itu saja saya mampu 😊

(Diambil daripada artikel Facebook Cyril E. Justin bertarikh 20 Ogos 2026)