Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tampil memberi
keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Kuala Lumpur kira-kira
pukul 5.30 petang hari ini.
Ini bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja' oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).