Memaparkan catatan dengan label Mimpi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mimpi. Papar semua catatan

Khamis, 7 Julai 2022

Adakah Mimpi dan Penglihatan Mesej Dari Tuhan?


Peranan mimpi dan penglihatan dalam kehidupan Kristian boleh menimbulkan perbahasan dan kekeliruan di kalangan orang-orang percaya dan di gereja-gereja. Adakah Tuhan masih berbicara kepada umat-Nya melalui mimpi dan penglihatan? Atau adakah zaman untuk mimpi dan penglihatan sudah berlalu dan tidak akan kembali lagi?

Ahad, 26 Jun 2022

Mimpi Mengenai Seorang Pengadil Bola Sepak


Oleh Si Domba Putih:

Pada malam tadi, saya bermimpi bertemu dengan seorang pengadil bolasepak profesional dari luar negara. Orangnya tinggi lampai dan dia dari salah satu negara Eropah yang terkenal dengan bolasepak. Saya sempat berbual-bual dengan pengadil itu.

Jumaat, 22 April 2022

'Yesus Mengunjunginya Setiap Malam': Missionari Di Timur Tengah Mengongsikan Kisah Menakjubkan Pekerjaan Tuhan


Pastor David Platt dari McLean Bible Church menemuramah seorang misionari semasa "Something Needs To Change Simulcast" yang dianjurkan oleh The Gospel Coalition beberapa tahun yang lalu. Untuk melindunginya, gereja itu tidak menunjukkan gambar misionari itu, dan Platt memberikannya nama samaran "Yazid" yang bererti "Tuhan akan menambahkan."  

Rabu, 7 April 2021

Saya Bermimpi Ambil Peperiksaan!


Peperiksaan bukanlah sesuatu yang paling disukai orang, namun itulah yang saya mimpikan beberapa hari lepas.

Dalam mimpi itu, saya sedang menjawab soalan peperiksaan di sebuah dewan yang kecil. Saya melihat penyelia peperiksaan tersenyum di hadapan saya. Wajahnya mirip seorang yang saya kenal.

Selasa, 14 Januari 2020

Gereja Baharu Ini Asalnya Dari Penglihatan Bishop Melter


Pada bulan Februari 2006, Bishop Melter J. Tais telah menerima satu penglihatan sewaktu tidur. Pada masa tersebut, bishop merupakan paderi penguasa Misi Daerah St Luke, Telupid. Penglihatan tersebut mengenai sebuah gereja baru yang besar untuk menggantikan gereja lama St David yang kecil. Hampir 14 tahun kemudian, penglihatan ini sudah jadi! Berikut adalah beberapa gambar gereja yang baru siap dibina dan akan menjadi tempat perayaan Penuaian 2020 diosis dari 28hb-31hb Mei. Puji Tuhan!

Sabtu, 21 Disember 2019

Mimpi dan Penglihatan Dalam Kisah Krismas

Banyak peristiwa dalam Alkitab telah disertai mimpi dan penglihatan - termasuklah juga kisah kelahiran Kristus.


David Wilkerson pernah mengatakan, "Jangan pernah memandang rendah pada kuasa sesuatu mimpi." Sambil saya mengkaji kisah Krismas dalam kitab suci, saya tertarik dengan berapa banyaknya mimpi dan penglihatan telah disebut sekitar peristiwa agung ini.

Ahad, 10 Mac 2019

Mimpi Profetik: Doa Anda Tak Menjadi Kerana Tak Disertai Iman


Oleh Bill Yount:

Dalam Roh, saya melihat banyak doa-doa sedang terangkat ke atas ke arah takhta Tuhan. Saya dapat merasa banyak daripada doa-doa itu sedang didoakan menurut kehendak Bapa yang sempurna. Banyak daripada doa-doa itu adalah agar kurnia, panggilan dan destini dijadikan nyata. Majoritinya adalah bungkusan-bungkusan doa untuk orang-orang yang tersesat, terutamanya ahli-ahli keluarga. Banyak daripada doa-doa itu terdiri daripada laungan keras, siang dan malam dengan berpuasa, yang telah menjadi beban berat dalam hati sejak bertahun-tahun. 

Sabtu, 2 Mei 2015

Ketika Jaguh Tinju Manny Pacquiao Melihat Malaikat Dan Mendengar Suara Tuhan

Jaguh Tinju Manny Pacquiao (Gambar dari video Fox News)

Dia membesar dalam keadaan miskin di Filipina dan mula bekerja pada usia yang muda untuk menyara ibunya setelah ibubapanya berpisah. Pada usia 14 tahun dia mula bertinju, dan makin meningkat sehingga memenangi 10 kejuaraan dunia. Tetapi pengakuan iman yang berani dalam Yesus Kristus dari pemegang kejuaraaan welterweight WBO ini yang membezakannya dari yang lain.

"Tuhan ada sesuatu tujuan," dia memberitahu Fox News. "Dia telah membawaku kembali ke dalam Kerajaan-Nya untuk memakaiku untuk memuliakan nama-Nya, supaya orang akan tahu bahawa ada Tuhan yang boleh membangkitkan seseorang dari tiada apa-apa kepada sesuatu."

Selasa, 26 Februari 2013

Juara Tinju Manny Pacquiao Menemukan Tuhan Dalam Hidupnya

Juara Tinju, Manny Pacquiao

MANILA, Filipina - Jaguh tinju Filipina Manny "Pac-Man" Pacquiao kini memberitahu dunia siapa jaguh sebenar di dalam hidupnya: Tuhan.

The Boxing Writers Association of America telah menamakan Pacquiao "Peninju Dekad Ini." Dalam karirnya sepanjang 17 tahun, dia telah meninju sehingga ke puncak, menjadi orang pertama digelar juara dunia dalam lapan kategori berat tinju.

Jumaat, 3 Jun 2011

Syurga Itu Nyata (Mimpi Seorang Anak)

Diceritakan oleh Samuel (umur 9 tahun);

Pada hari Ahad yang lepas (29 Mei 2011), saya tertidur di gereja. Semasa itu saya mendapat mimpi yang indah sekali.