Jaguh Tinju Manny Pacquiao (Gambar dari video Fox News) |
"Tuhan ada sesuatu tujuan," dia memberitahu Fox News. "Dia telah membawaku kembali ke dalam Kerajaan-Nya untuk memakaiku untuk memuliakan nama-Nya, supaya orang akan tahu bahawa ada Tuhan yang boleh membangkitkan seseorang dari tiada apa-apa kepada sesuatu."
Hairan juga, dia dan quarterback terkenal Tim Tebow telah membesar di bandar yang sama di pulau Mindanao, di selatan Filipina.
Dibesarkan dalam gereja Roman Katolik, Manny mula menyimpang dari gereja sambil dia mula terkenal dalam karir tinjunya. "Aku pergi ke gereja pada hari Ahad, tetapi dari Isnin
hingga ke Sabtu, aku ada di bar minum minuman keras," dia memberitahu CBN. "Aku berjudi. Kata-kata yang tidak cermat diucapkan dari mulutku.
Aku berzinah. Aku tidak peduli."
Tetapi pada suatu hari dia terbaca sepucuk surat yang menyayat hatinya. "Aku menerima surat daripada ibuku yang menyatakan bahawa adik perempuanku telah berhenti bersekolah kerana aku telah berhenti menghantarkan wang kpada mereka. Aku menangis, menyalahkan diri kerana menghabiskan segala wang itu untuk alkohol."
Perlawanan Manny Pacquiao dan Juan Manuel Marquez pada November 2011 (Gambar AFP) |
Dalam mimpi itu, yang terjadi dalam sebuah hutan yang cantik di tengah bunga-bunga, dia juga melihat dua malaikat, menurut temuramah dengan The Blaze. "Apabila aku mendengar suara Tuhan, aku rasa seperti aku sudah mati. ... Aku di tengah-tengah hutan itu dan aku berlutut dan berdoa dengan mukaku sampai ke tanah dan kemudian aku melihat satu cahaya, cahaya yang sangat putih dan aku mendengar suara itu."
Dia berkata bahawa malaikat-malaikat itu mempunyai "sayap yang putih, panjang dan besar" dan berkata bahawa Tuhan menunjukkan kepadanya "mengenai akhir zaman."
"Aku merasa diriku lemas apabila aku mendengar suara Tuhan. Itu adalah titik perubahan dalam hidupku. Tuhan berbicara kepadaku dan dia memberitahuku apa yang Dia ingin aku lakukan dan bahawa aku harus mengikuti-Nya."
Untuk suatu waktu, Manny cuba melupakan mimpi itu. Tetapi pada suatu hari dia rasa tergerak untuk mengambil Alkitab dan mula membaca untuk dirinya sendiri. "Aku sudah melupakan mimpi itu, tetapi apabila aku mula membaca Alkitab, ayat pertama yang aku baca mengatakan bahawa Tuhan berbicara kepada manusia melalui mimpi. Aku menyedari, wah, mimpiku itu benar." dia memberitahu CBN.
Hasil daripada kuasa Firman Tuhan, pekerjaan Roh Kudus dalam hatinya dan mimpi yang sangat mengesankannya, Manny menyerahkan hidupnya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamatnya.
"Aku gembira kerana telah menemukan jalan yang benar, diselamatkan, dilahirkan kembali," dia memberitahu The Blaze. "Kita dikehendaki dilahirkan kembali, setiap kita, Kristus berkata kecuali kita dilahirkan kembali kita tidak dapat memasuki kerajaan Allah. Jadi itu menjadi sangat penting bagiku. Yesus Kristus berkata, 'Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.' Tidak ada jalan lain. Satu-satu jalannya ialah melalui Yesus."
"Apabila anda menerima Yesus Kristus dalam hatimu sebagai Tuhan dan Juruselamat, anda memiliki hidup kekal."
Perlawanan antara Manny Pacquiao dan Miguel Cotto (November 2009) |
Perkara yang paling penting kepada Manny kini ialah imannya dalam Yesus. "Apabila anda memiliki Yesus dalam hidupmu, apabila anda memiliki Tuhan dalam hidupmu, benda-benda dalam dunia tidak penting dalam hatimu. Apa yang penting ialah Tuhan dalam hatimu."
Manny tinggal dalam Firman Tuhan melalui pengkajian Alkitab secara harian. "Perkatakanlah kitab Taurat ini. Renungkanlah dan bertindak dengan hati-hati sesuai dengan segala yang tertulis di dalamnya. Maka anda akan berhasil dan merasa puas," dia memberitahu CBN. "Apabila anda menyimpan Firman Tuhan dalam mulut dan lidahmu dan dalam hati dan fikiranmu, anda akan dipimpin oleh Roh Kudus."
Manny memenangi kerusi dalam Dewan Perwakilan beberapa tahun yang lalu, mewakili wilayah Sarangani. Dia diundi semula pada 2013 ke Kongres yang ke-16 Filipina. Ada yang percaya dia adalah calon untuk menjadi presiden Filipina satu hari nanti.
"Tuhan telah memberkatiku dengan segala yang kumiliki... karir politikku dan melayani Tuhan dan sebagai seorang peninju - dan aku percaya Tuhan mempunyai sesuatu tujuan," dia memberitahu The Blaze. "Ianya adalah di luar jangkaan dan pemikiranku. Aku fikir inilah waktunya untuk mengisytiharkan nama-Nya, bukan namaku.
"Inilah tugas hidupku: untuk menyebarkan Firman-Nya."
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk "When Boxing Champion Manny Pacquiao Saw Angels And Heard God's Voice" penulisan Mark Ellis bertarikh 30 April 2015)
Video: Temuramah Fox News dengan Manny Pacquiao
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk "When Boxing Champion Manny Pacquiao Saw Angels And Heard God's Voice" penulisan Mark Ellis bertarikh 30 April 2015)