Memaparkan catatan dengan label Artikel Teramat Popular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel Teramat Popular. Papar semua catatan

Khamis, 11 April 2019

Lelaki Terkaya Singapura Berkata Tiada Hidup Yang Lebih Baik Tanpa Yesus


"Saya telah menyedari bahawa tiada diriku yang lebih baik, atau benda yang lebih baik tanpa Yesus."

Philip Ng Chee Tat adalah, tanpa ragu lagi, orang terkaya di Singapura. Dia mempunyai hak milik yang dianggarkan bernilai $8.7 bilion. Dalam video ini dia memusnahkan materialisme, Ketika ditanya kunci kejayaan dalam hidup. dia berkata, "Kesemua kita rosak."

Jumaat, 24 Februari 2017

Orang Asal Kristian Sabah Berkata Anaknya Dihalang Pergi Sekolah Selepas JPN Menahan Sijil Beranak


KUALA LUMPUR, 23 Februari - Seorang wanita Orang Asal Sabah yang memperakui dirinya Kristian berkata dia tidak dapat menghantar anak lelakinya ke sekolah oleh kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa enggan melepaskan sijil beranak anaknya.  

Isnin, 21 Mac 2016

Kesaksian Jim Caviezel Yang Melakonkan Watak Yesus Dalam "The Passion Of The Christ"

Watak Yesus dalam filem "The Passion of the Christ" telah dilakonkan oleh Jim Caviezel

Jim Caviezel adalah aktor Hollywood yang melakonkan watak Tuhan Yesus dalam filem “The Passion Of the Christ”. Berikut refleksi atas peranannya dalam filem itu.

Isnin, 2 November 2015

Alkitab Berusia 1,000 Tahun Dengan Gambar Yesus Ditemui

Alkitab berusia 1,000 tahun ditemui di Turki dengan gambar-gambar tokoh Alkitab

Sebuah Alkitab berusia 1,000 tahun telah dilaporkan ditemui di Turki selepas polis menahan penyeludup-penyeludup yang cuba menjualnya bersama artifak lain yang mahal. 

Khamis, 13 Februari 2014

10 Lelaki Yang Wanita Kristian Tidak Harus Kahwini


Oleh J. Lee Grady:

Saya dan isteri saya telah membesarkan empat orang anak perempuan - dan tiga daripada mereka sudah pun berkahwin. Kami menyayangi anak-anak menantu kami, dan jelas sekali Tuhan sendiri yang telah memilih setiap mereka sehingga sepadan dengan sifat-sifat dan personaliti anak-anak perempuan kami.

Saya selalu percaya bahawa Tuhan terlibat dalam hal menjodohkan. Kalau Dia boleh lakukannya untuk anak-anak perempuan saya, Dia boleh melakukannya untuk anda.

Pada waktu ini, saya ada beberapa kawan perempuan yang sangat ingin bertemu dengan lelaki yang tepat. Ada yang memberitahu saya bahawa calon pilihan tidak banyak di gereja mereka, jadi mereka mencuba di alam maya dengan online dating. Ada yang mengangkat tangan dengan hampa, dan tertanya-tanya samada masih ada lelaki Kristian yang baik untuk mereka. Mereka mula memikirkan samada mereka harus merendahkan standard pilihan mereka untuk mencari seorang pasangan.