![]() |
Alkitab berusia 1,000 tahun ditemui di Turki dengan gambar-gambar tokoh Alkitab |
Asal-usul Alkitab kuno itu tidak diketahui, Mailonline melaporkan, tetapi polis di kota di bahagian tengah Tokat berkata ianya hanya mempunyai 51 mukasurat, ditulis dalam bahasa lama Assyria, dan mengandungi gambar-gambar Yesus Kristus yang diperbuat dengan helaian emas, bersama dengan tokoh-tokoh lain Alkitab.
Sejumlah bahan kemas dan juga syilling juga telah dirampas oleh polis.
Agensi Anadolu memuatkan video seorang penyelidik membelek halaman Alkitab itu, dengan teks Assyria di mukasurat kanan, dan gambar di mukasurat kiri.
Ahli-ahli teologia berharap bahawa dokumen berusia 1,000 tahun itu akan memberi petunjuk bagaimana Kekristianan telah berkembang pada kurun-kurun yang lepas.
(Petikan diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Post bertajuk "1,000-Y-O Bible Found In Turkey Shows Images Of Jesus" penulisan Stoyan Zaimov bertarikh 29 Oktober 2015)