Pastor Joseph Prince (Foto New Creation Church) |
Adakah Singapura merupakan kediaman kepada pastor kesepuluh paling kaya di dunia?
Pada minggu lepas, New Creation Church telah menolak dakwaan laman hiburan Richest Lifestyle yang berpusat di Amerika Syarikat bahawa pengasas dan senior pastor mereka Joseph Prince menerima gaji $500,000 setahun dan mempunyai hak milik bersih US$5 juta (S$6.4 juta).
Bagaimanapun tiada siapa yang dapat menafikan keluasan jangkauan Encik Prince.
Pastor berusia 51 tahun itu adalah hos rancangan televisyen agama, yang didakwa, dapat ditonton di lebih daripada 200 negara, dan telah ditayangkan secara harian di beberapa rangkaian televisyen utama Amerika seperti ABC Family dan Daystar Television.
Rancangan itu dterbitkan oleh organisasi antarabangsa bukan bertujuan keuntungan Joseph Prince Ministries. Ditubuhkan pada 2007, kumpulan itu tidak berkaitan dengan gereja di sini dan beribu pejabat di Amerika Syarikat.
Dalam satu dokumen cukai 2012 yang diperolehi oleh The Sunday Times, organisasi itu berkata bahawa siaran hariannya dapat menjangkau 680 juta keluarga di sekeliling dunia.
Dan dalam tahun kewangan itu sahaja, organisasi itu telah menyenaraikan pendapatan US$27.6 juta, yang kebanyakannya datang daripada "sumbangan dan bantuan kewangan". Daripada jumlah itu, US$21.2 juta telah dibelanjakan untuk melakukan penyiaran.
Tetapi Encik Prince, yang disenaraikan sebagai presidennya, tidak diberi sebarang pembayaran daripada organisasi itu ataupun mana-mana organisasi berkaitan, menurut dokumen itu.
Artikel The Straits Times bertajuk, "Singapore Pastor Goes Worldwide" |
Usaha untuk menghubungi Joseph Prince Ministries tidak berjaya, dan Encik Prince tidak ingin ditemubual oleh The Sunday Times.
Tetapi majlis New Creation Church juga telah menyatakan dengan jelas minggu lepas bahawa dia tidak lagi menerima gaji sejak 2009.
Sementara gereja menganggap bahawa hak milik Encik Prince itu sebagai urusan peribadi, mereka juga menambah bahawa dia telah memberitahu majlis bahawa hak miliknya adalah "jauh lebih rendah daripada US$5 juta yang telah didakwa".
Mereka tidak memberi butir-butir lain mengenai kewangan Encik Prince.
Begitupun, gereja itu sangat berupaya dalam usaha mengumpul dana, mengutip S$21 juta dalam derma dalam satu hari sahaja pada 2010. Itu telah memecah rekod mereka sendiri untuk kutipan sehari S$19 juta pada 2009 dan kira-kira S$18 juta pada 2008.
Cabang perniagaan gereja, Rock Productions, memiliki dan menguruskan Star Performing Arts Centre yang memuatkan 5,000 tempat duduk dan bernilai S$500 juta, yang terletak dalam mall Star Vista di Buona Vista. Rock Productions juga telah membayar S$10 juta untuk suatu kelompok rekreasi dan restoran di East Coast Park pada 2001.
Semua itu merupakan satu kebangkitan yang mengkagumkan bagi Mr. Prince, yang telah memulakan gereja itu dengan beberapa kawan di rumah pangsa Housing Board berbilik empat di Holland Road selepas mereka diminta untuk meninggalkan sebuah gereja tradisi pada 1984 kerana cara penyembahan mereka yang bersifat terbuka.
Dia telah dilantik sebulat suara untuk menjadi Senior Pastor yang baru pada 1990, ketika gereja mereka hanya memiliki 150 orang.
Ahli-ahli New Creation Church, yang pada hari ini sudah berjumlah 31,000 orang, menggambarkannya sebagai seorang yang berkarisma, berpengertian, dan berbeza dari pengkhutbah lain di Singapura yang suka berkhutbah mengenai penghukuman Tuhan.
Cik Wendy Oon, seorang setiausaha, berkata dia berasa "sangat relaks" semasa mendengar khutbah-khutbah Encik Prince. "Dia berbicara mengenai kasih karunia Tuhan, dan dia membantu saya menyedari bahawa saya tidak perlu melakukan sesuatu agar Tuhan mengasihi saya, dan bahawa kasih-Nya tidak bersyarat."
Penulis skrip bebas, Geraldine Wee, 34 tahun, telah menyertai gereja itu sedekad yang lalu.
"Ketika kawan saya meminjamkan saya pita kaset dengan gambar wajahnya di situ, saya sangat berhati-hati sebab saya fikir gereja itu adalah kumpulan yang berpaksikan seorang peribadi dan bukan sebuah gereja yang betul," katanya.
"Tetapi kemudian saya mendengar dia berkhutbah, dan saya terharu.
"Dia tidak mengatakan bahawa kita perlu memberi wang kepada gereja. Kebanyakan daripada khutbahnya langsung tidak menyentuh mengenai kewangan, dan tidak ada sedikit pun petanda bahawa kita harus membeli buku-bukunya atau benda-benda lain."
Dalam satu temuramah yang jarang diadakan pada 2008 dengan The Sunday Times, Encik Prince berkata dia pernah mencuba-cuba ilmu ghaib sebagai seorang anak muda sebelum "pengalaman-pengalaman rohani" telah membuka matanya kepada agama Kristian.
Dia berkata "wang tidak menguasai" dalam hidupnya, dan dia merasa insaf atas perkerjaan dan popularitinya.
"Setiap minggu saya berdiri di situ untuk empat kebaktian, kadangkala saya berfikir sendiri, mengapakah orang-orang berbaris untuk datang. Ini bukannya Hello Kitty."
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Straits Times bertajuk, "Singapore Pastor Joseph Prince Goes Worlwide" penulisan Feng Zengkun bertarikh 28 Oktber 2014)

"The Power of Right Believing" oleh Pastor Joseph Prince |