Jumaat, 30 Oktober 2015

Konsert "More Than Enough" Dibanjiri Ribuan Penonton

Sidney Mohede di Konsert "More Than Enough" di The Kasablanka, Jakarta (27 Okt 2015)

TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA – Konsert Jakarta Praise Community Church (JPCC) Worship (True Worshippers) mendapat sambutan sangat positif.

Konsert yang diadakan di The Kasablanka, Jakarta pada Selasa (27/10) dihadiri oleh hampir 6000 orang.

Konsert ini sekaligus menandakan kejayaan album More Than Enough sejak dikeluarkan kali pertama pada bulan Ogos lalu.

''Sungguh sesuatu yang tidak akan terlupakan. Senang dan bangga melihat semua kerja keras kami sebagai satu pasukan sejak Januari tahun ini; dari menulis lagu-lagu dan mempersiapkan album ini, akhirnya dapat membawa dampak yang luar biasa,'' kata Sidney Mohede selepas konsert.

Sidney merupakan satu dari sekian ramai anggota dari kelompok JPCC Worship. Anggota-anggota lainnya adalah Sari Simorangkir, Billy Simpson, Ribka Yusuf Lucman, Winny Jessica, Gianni Messah, Kevaz Lucky, Jusuf Winardi, Violynt dan masih ramai lagi.

Sidney mengaku sangat takjub dengan penghargaan penonton yang datang. Dalam konsert tersebut dia menyanyikan lagu Christ Jesus Glorified.

''Semua rasa lelah hilang melihat ribuan orang-orang menyanyikan lagu-lagu dari album 'More Than Enough' dengan penuh semangat,'' ujarnya.

Konsert ini berlangsung sekitar dua setengah jam. Sebanyak 28 lagu dari album More Than Enough dan album JPCC Worship sebelumnya dinyanyikan secara solo mahupun bersama dengan seluruh pasukan.

Konsert yang dipersembahkan oleh Goodworks, Lightworks, dan Soundworks ini merupakan konsert perdana dari album mereka yang terbaru setelah lebih dari 30 album yang mereka hasilkan sejak tahun 1997.

Hal yang sama juga diungkapkan oleh Billy Simpson. Bagi dia, konsert ini menjadi salah satu pengubat hati di tengah persoalan sosial yang semakin pelik di negeri ini.

''Hal yang luar biasa pasti selalu terjadi sewaktu nyanyian dari ribuan hati terdalam dinaikan dan diperdengarkan kepada satu Peribadi yang selalu mendengar,'' kata pemuda yang dalam konsert ini menyanyikan lagu None Like You.

Billy kemudian menambahkan,''Di tengah hidup yang semakin penuh dengan masalah, konflik, perceraian, dan banyak hal negatif lainnya, harapan semakin pupus dari pandangan ramai orang. Tapi pesan inilah yang saya rasakan dan kami cuba sampaikan melalui konsert ini, bahawa masih ada harapan bagi kita semua.''

Video Rasmi "More Than Enough" Oleh JPCC Worship


Sementara itu Chika Maryana, perwakilan dari INSIDE yang menjadi pengedar album ini di iTunes dan Insight Unlimited pengedar album fizikalnya, menghargai penganjuran konsert ini dengan penuh sukacita. Kegembiraannya kian bertambah kerana sampai kini album More Than Enough masih bertahan di carta iTunes Indonesia.

Chika menjelaskan album ini kali pertama dilepas ke iTunes pada 2 Ogos 2015. Selama sebulan penuh, kata dia, album ini berhasil menjadi juara di Carta iTunes.

''Konsert yang dipadati penonton sekaligus masih bertahannya album ini di daftar Top 10 Carta iTunes Indonesia memberikan semangat kepada kami untuk terus melahirkan karya-karya berkualiti dan yang terbaik,'' hurainya.

(Dialihbahasakan daripada artikel Tribun News bertajuk, "Konsert More Than Enough Dibanjiri Ribuan Penonton" bertarikh 29 Oktober 2015)