Memaparkan catatan dengan label Pertumbuhan Gereja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertumbuhan Gereja. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan (Bahagian 2)



Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kunci kepada Pertumbuhan: Kerohanian

Manakala terdapat banyak sebab mengapa ramai sarjana percaya Kekristianan Pentakosta-Karismatik sedang bertumbuh, sebab yang paling menyakinkan untuk pertumbuhan dramatik - satu penjelasan di mana semua sebab-sebab lain akan masuk akal - adalah kerohanian yang biasanya wujud dalam bentuk Kekristianan ini. Itulah sebab yang paling sering diberikan, dan satu-satunya yang dianggap secara serius oleh mereka yang telah datang kepada iman melalui tradisi-tradisi ini.

Ahad, 26 Februari 2023

Seorang Paderi Katolik Meninjau Ledakan Pertumbuhan Kekristianan Pentakosta-Karismatik di Benua Selatan


Oleh Father Mathias D. Thelen:

Kebanyakan orang Katolik tidak menyedari bahawa pusat Kekristianan sedang bergerak ke selatan - ke Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia. Kita yang tinggal di Utara secara global adalah paling terkesan dengan kemunduran dahsyat Katolik sebahagiannya oleh kerana kuasa agresif sekularisme. Dengan itu adalah mudah untuk melihat pertumbuhan dan kemunduran dari segi kebangkitan dan kejatuhan Kekristianan di utara.

Khamis, 16 September 2021

"Apakah Rahsia Anda Untuk Pertumbuhan Gereja?" - Dr. David Yonggi Cho Menjawab Soalan Seorang Pastor


Oleh Pastor Robert Oh:

Saya telah bertemu dengan Dr. David Yonggi Cho dari Yoido Full Gospel Church, Korea untuk pertama kali pada tahun itu. Rakan sebilik saya di asrama telah menjadi setiausaha antarabangsa Dr. Cho. Oleh kerana persahabatan saya dengannya, saya mendapat penghormatan untuk memandu Dr. Cho dan membawanya membeli-belah di kawasan Los Angeles.