Khamis, 16 September 2021

"Apakah Rahsia Anda Untuk Pertumbuhan Gereja?" - Dr. David Yonggi Cho Menjawab Soalan Seorang Pastor


Oleh Pastor Robert Oh:

Saya telah bertemu dengan Dr. David Yonggi Cho dari Yoido Full Gospel Church, Korea untuk pertama kali pada tahun itu. Rakan sebilik saya di asrama telah menjadi setiausaha antarabangsa Dr. Cho. Oleh kerana persahabatan saya dengannya, saya mendapat penghormatan untuk memandu Dr. Cho dan membawanya membeli-belah di kawasan Los Angeles.

Saya mempunyai soalan yang membara di hati untuk menanyakan Dr. Cho. Saya baru sebentar sahaja diperkenalkan kepadanya apabila saya menanyakan terus soalan ini kepadanya, "Dr. Cho, apakah rahsia anda untuk pertumbuhan gereja?" Dia tersenyum dengan murah hati dan mengangkatkan tiga jari. Sambil menghitung satu jari pada satu masa, dia berkata, "Pertamanya, Doa. Keduanya, Doa. Dan, ketiganya, Doa. Itu sahaja!" Pada waktu itu gereja Dr. Cho berjumlah sekitar 750,000 orang - gereja terbesar di dunia!

Dr. Cho menuliskan prinsip doa ini dalam bukunya bertajuk, Born to be Blessed. "Apabila saya pergi ke negara-negara lain dan mengajar Seminar Pertumbuhan Gereja, soalan paling utama para pastor adalah, 'Apakah rahsia utama pertumbuhan gereja anda?' Jawapan saya selalu sama, 'Ianya doa.'" Tidak ada rahsia untuk pertumbuhan gereja selain daripada doa.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada buku The Prayer Driven Life yang ditulis oleh Pastor Robert Oh)