Isnin, 24 Jun 2019

10 Gereja Megachurch Terbesar Di Dunia

Yoido Full Gospel Central, Korea Selatan adalah megachurch terbesar di dunia

Warren Bird telah mula mengkaji gereja-gereja megachurch sejak 1991. Dia telah membuat senarai megachurch di Amerika Utara (untuk Amerika Syarikat dan Kanada) sejak 2006, dan telah menerbitkan versi global yang berikut ini secara online sejak 2010. Senarai ini dikemaskinikan dari masa ke semasa. 

Warren menjelaskan bahwa, "Senarai ini bukan berdasarkan keahlian, kesan pelayanan, kapasiti tempat duduk, saiz bangunan, jangkauan media ataupun bilangan orang yang memanggil sesebuah gereja sebagai rumah ibadahnya, tetapi berdasarkan kehadiran sebenar ibadah mingguan - merangkumi orang-orang dewasa dan kanak-kanak dalam semua kebaktian, semua lokasi fizikal pada hujung minggu secara purata dalam setahun, tanpa mengira sesiapapun secara dua kali. Ianya terhad kepada gereja-gereja Protestan."

Warren menambah bahawa, "Gereja-gereja multisite (pelbagai lokasi) dikira sebagai sebahagian daripada sesebuah jemaat jika mereka semua di bawah pemimpin dan pentadbiran yang sama, mengikuti doktrin yang sama, menamakan diri bersama di bawah nama atau persatuan yang serupa, dan berkongsi kewangan pada tahap tertentu."

Gereja-gereja Asia dan Afrika menguasai senarai 10 gereja megachurch terbesar di dunia. 

10 Gereja Megachurch Terbesar Di Dunia:

480,000 orang
Yoido Full Gospel Church,
Seoul, Korea Selatan.
Tahun diasaskan - 1958
Pastor pengasas - David Yonggi Cho
Pastor gereja - Young Hoon Lee
Denominasi - Assemblies of God
- Gereja multisite (pelbagai lokasi)

190,000 orang
Calvary Temple Church,
Hyderabad, India.
Tahun diasaskan - 2005
Pastor pengasas - Satish Kumar
Pastor gereja - Satish Kumar
- Gereja multisite (pelbagai lokasi)

140,000 orang
Gereja Bethany Indonesia,
Surabaya, Indonesia
Tahun diasaskan - 1978
Pastor pengasas: Abraham Alex Tanuseputra
Pastor gereja - Abraham Alex Tanuseputra
Denominasi: Gereja Bethany Indonesia

75,000 orang
Onnuri (All Nations) Community Church,
Seoul, Korea Selatan.
Tahun diasaskan - 1984
Pastor pengasas - Yong Jo Hah
Pastor gereja - Jae Hoon Lee
Denominasi - Presbyterian
- Gereja multisite (pelbagai lokasi)

70,000 orang
New Life Church,
Mumbai, India
Tahun diasaskan - 1968
Diasaskan - Para misionari
Pastor gereja - S Joseph
- Gereja multisite (pelbagai lokasi)

70,000 orang
Omega Power Ministries,
Port Harcourt, Nigeria
Tahun diasaskan - 2006
Pastor pengasas - Chibuzor Chinyere
Pastor gereja - Chibuzor Chinyere
Denominasi - Pentakosta
- Gereja multisite (pelbagai lokasi)

65,000 orang
Victory Metro Manila,
Manila, Filipina 
Tahun diasaskan - 1984
Pastor pengasas - Steve Murrell
Pastor gereja - Steve Murrell
- Gereja multisite (pelbagai lokasi)

65,000 orang
Deeper Christian Life Ministry,
Lagos, Nigeria
Tahun diasaskan - 1973
Pastor pengasas - William Kumuyi
Pastor gereja - William Kumuyi
Denominasi - Karismatik

60,000 orang
Pyungkang Cheil Presbyterian Church,
Seoul, Korea Selatan.
Tahun diasaskan - 1964
Pastor pengasas - Abraham Park Yoon-sik
Pastor gereja - Abraham Park Yoon-sik
Denominasi - Presbyterian
- Gereja multisite (pelbagai lokasi)

55,000 orang
Christ's Commission Fellowship,
Ortigas Center, Filipina
Tahun diasaskan - 1984
Pastor pengasas - Peter Tan-Chi
Pastor gereja - Peter Tan-Chi
-  Gereja multisite (pelbagai lokasi)

(Sumber: Artikel Leadership Network bertajuk, "The World Largest Churches" yang ditulis oleh Warren Bird)