Khamis, 11 April 2019

Lelaki Terkaya Singapura Berkata Tiada Hidup Yang Lebih Baik Tanpa Yesus


"Saya telah menyedari bahawa tiada diriku yang lebih baik, atau benda yang lebih baik tanpa Yesus."

Philip Ng Chee Tat adalah, tanpa ragu lagi, orang terkaya di Singapura. Dia mempunyai hak milik yang dianggarkan bernilai $8.7 bilion. Dalam video ini dia memusnahkan materialisme, Ketika ditanya kunci kejayaan dalam hidup. dia berkata, "Kesemua kita rosak."

"Saya telah mendapati bahawa setiap kita rosak, dan setiap kita ada bahagian yang terhilang. Bagi saya, saya telah menemukan bahagian yang terhilang adalah Allah melalui Yesus Kristus."

"Dulunya saya sering mencari hidup yang lebih baik, tujuan yang lebih baik, diriku yang lebih baik - segalanya yang lebih baik. Saya sedang melihat kepada semua benda yang salah."

"Apabila saya menyedari bahawa tiada diriku yang lebih baik, atau benda yang lebih baik tanpa Yesus, pada waktu itulah semuanya menjadi jelas. Mungkin kita perlu lihat lebih mendalam. Saya menghargai itu (iman) lebih daripada segalanya."

"Saya cuma ingin agar semua orang dapat memiliki damai dan sukacita itu. Ianya pastinya jauh lebih baik daripada banyak wang dan kebendaan yang kita miliki. Ianya bermula dengan mengakui diri kita rosak dan ada bahagian yang terhilang. Bagi saya, secara peribadi, bahagian yang terhilang itu adalah Tuhan kita, Yesus Kristus."

 

Encik Philip Ng Chee Tat sejak dari 1991, telah menjadi Ketua Eksekutif Far East Organization Centre Pte. Ltd. (pemaju terbesar pegangan keluarga di Singapura). Sejak 1986, Encik Ng telah menjadi Perunding untuk projek-projek Hong Kong dan China untuk Kumpulan Sino di Hong Kong dengan tanggungjawab merancang dan membimbing aktiviti pembangunan. Dia telah menjadi Penasihat Strategik Far East Orchard Limited sejak Januari 1, 2013. He juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Executif Orchard Parade Holdings Ltd. (kini Far East Orchard Limited).

(Diterjemahkan daripada artikel Believers Portal bertajuk, "Richest Man In Singapore, Chee Tat Ng Says No Better Life Without Jesus (Video)" yang ditulis oleh BP-News-1 bertarikh 14 September 2018)