Isnin, 4 Jun 2018

Tahukah Anda... Bendera-Bendera Sarawak Sejak 1963?


Bendera Sarawak (1963-1973)

Bendera rasmi ini telah digunakan sejak kemerdekaan Sarawak (22 Julai 1963) sehinggalah 1973. Bendera ini sebelumnya telah digunakan pada zaman pemerintahan Raja Brooke d Sarawak dari 1870-1946.  Bendera ini memaparkan salib dengan separuhnya warna hitam dan separuhnya merah pada latar belakang kuning, dan dengan mahkota kuning di tengahnya.



Bendera Sarawak (1973-1988)

Bendera Trisakti ini, dengan jalur merah putih dan tiga segi biru, telah mula diterima pakai pada 1973, dan pertama kalinya dinaikkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Yakub yang juga telah mereka cipta bendera itu. Bendera ini telah digunakan sehingga 1988. 

Pada bendera Trisakti, segi tiga biru melambangkan kesatuan di kalangan rakyat Sarawak, merah melambangkan keberanian dan kegigihan, dan putih melambangkan kejujuran dan kesucian.



Bendera Sarawak (1988-Sekarang)

Bendera Sarawak yang digunakan sekarang adalah berdasarkan bendera Kerajaan Sarawak di bawah Rajah Brooke dan bendera Sarawak yang digunakan dari 1963-1973. Ianya berlatar belakang warna kuning, iaitu warna di raja Asia Tenggara, dan dilengkapi jalur kembar melintang ke bawah berwarna hitam dan merah, dan dengan bintang kuning bersegi sembilan di tengahnya. Bintang segi sembilan itu melambangkan sembilan bahagian asal di Sarawak.