Jumaat, 12 April 2019

Sempena Ulang Tahun Ke-8 Blog Domba2Domba


Tiga hari lepas, 9 April adalah ulang tahun blog domba2domba yang ke-8. Oleh kerana kesibukan, terlepas pula hari ulang tahunnya!

Ada banyak memori indah semasa menulis blog ini. Dalam lapan tahun ini dengan rahmat Tuhan, saya sempat memuatkan 1,713 artikel, dengan purata 214 artikel setahun. Dalam tempoh yang sama, blog telah mendapat 6.3 juta pageview (atau purata 66,000 pageview sebulan).



Menurut Flag Counter, blog ini telah dikunjungi 265,038 pengunjung yang berbeza sejak 29 Januari 2013 (tarikh saya mula memasang Flag Counter di blog). Dari jumlah itu 149,822 pengunjung adalah dari Malaysia iaitu 57 peratus daripada jumlah pengunjung.

Berikut adalah 10 artikel paling popular di blog ini sepanjang lapan tahun ini:




(1 Julai 2015)  72,199 pageview

No.9 -  Gadis Sabah Berusia 16 Tahun Ini Mengharumkan Nama Negara, Tetapi Anda Mungkin Tidak Pernah Mendengar Mengenainya
(26 Ogos 2016)  62,285 pageview

No. 10 -  Mengapa Orang Kristian Tidak Harus Berpacaran Dengan Bukan Kristian
(diterbitkan 13 Mac 2017)  59,934 pageview


Segala kemuliaan bagi Tuhan atas pimpinan dan penyertaan-Nya selama 8 tahun ini! Dan terima kasih kepada anda, pengunjung dan pembaca setia blog ini!