Khamis, 18 April 2019

Katedral Notre Dame - Sebelum dan Selepas Kebakaran (Video)


Katedral Notre Dame hanya 15-30 minit dari kemusnahan sepenuhnya sambil ahli-ahli bomba berjuang menghentikan nyala api dari mencapai menara-menara loceng Gothicnya, pihak berkuasa Perancis telah mengatakan. 

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah mengatakan bahawa dia ingin melihat katedral itu dibina semula "lebih cantik dari dahulu" dalam masa lima tahun, tetapi terdapat makluman bahawa kerja-kerja baik pulih boleh mengambil masa berdekad-dekad. 




Bahagian Katedral Notre Dame yang dimusnahkan api (lakaran BBC)

(Diterjemahkan daripada artikel The Guardian bertajuk, "Notre Dame Cathedral: Before And After The Devastating Fire - Video" yang ditulis oleh Monika Cvorak bertarikh 17 April 2019)