Sabtu, 21 Disember 2019

Mimpi dan Penglihatan Dalam Kisah Krismas

Banyak peristiwa dalam Alkitab telah disertai mimpi dan penglihatan - termasuklah juga kisah kelahiran Kristus.


David Wilkerson pernah mengatakan, "Jangan pernah memandang rendah pada kuasa sesuatu mimpi." Sambil saya mengkaji kisah Krismas dalam kitab suci, saya tertarik dengan berapa banyaknya mimpi dan penglihatan telah disebut sekitar peristiwa agung ini.

Seluruh kisah kelahiran Yesus boleh ditemukan dalam dua fasal pertama kedua-dua Matius dan Lukas dalam Perjanjian Baharu. Dalam fasal-fasal ini terdapat 8 mimpi dan penglihatan yang unik dan menarik melibatkan 5 peribadi/kelompok yang berbeza.

Yusuf (suami Maria)

  • Suatu malam dia bermimpi bahawa malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya... (baca Mat 1:18-25). Ini menyatakan kepada Yusuf agar tidak takut megambil Maria sebagai isterinya sebab anak dalam kandungan Maria adalah dari Roh Kudus, dan dia akan melahirkan anak yang akan dinamakan Yesus.
  • Selepas itu (setelah orang-orang majus kembali ke negara mereka), malaikat Tuhan memperlihatkan diri dalam mimpi kepada Yusuf... (baca Mat 2:13-18) Ini adalah amaran bagi dia dan Maria untuk meninggalkan Betlehem dengan bayi itu dan melarikan diri ke Mesir agar bayi itu tidak dibunuh oleh Raja Herodes.
  • Selepas kematian Herodes, malaikat Tuhan memperlihatkan diri dalam mimpi kepada Yusuf di Mesir... (baca 2:19-21). Kini sudah selamat untuk Yusuf dan keluarga kembali ke Israel.
  • Setelah mendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, dia pun pergi ke Galilea... (baca Mat 2:22-23). Yusuf khuatir kembali ke Betlehem sebab Arkelaus telah menaiki takhta menggantikan ayahnya. Mimpi itu memberikan peringatan kepada Yusuf dan dia pun pergi ke Nazaret di Galilea. 

Orang-Orang Majus (dari Timur)

  • Allah memberikan peringatan kepada mereka melalui mimpi supaya jangan kembali kepada Herodes... (baca Mat 2:1-12). Setelah mendapat mimpi ini, orang-orang majus tidak kembali kepada Herodes dan pulang ke negara mereka mengikut jalan yang lain.

Zakharia (ayah Yohanes Pembaptis)

  • Lalu ternampak kepada Zakharia, malaikat Tuhan berdiri di sebelah kanan mazbah tempat pembakar kemenyan itu... (baca Lukas 1:5-25). Seorang imam tua bernama Zakharia diberitahu bahawa dia dan isterinya akan mendapat seorang anak lelaki yang akan dinamakan Yohanes, sepupu kepada Yesus, yang akan dilahirkan enam bulan sebelum Yesus.

Maria (ibu Yesus)

  • Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, "Salam kepadamu yang amat diredai! (baca Lukas 1:26-56). Anak gadis di Nazaret itu diberitahu bahawa Roh Kudus akan menaunginya dan dia akan mengandung dan melahirkan Anak Allah.

Para Gembala (di luar Betlehem)

  • Tiba-tiba malaikat Tuhan muncul di hadapan mereka dan kemuliaan Tuhan menerangi mereka, lalu mereka ketakutan. (Lukas 2:2-21). Ini adalah penampakan malaikat kepada gembala-gembala yang mengisytiharkan kelahiran Juruselamat, Kristus di kota Betlehem.

Betapa banyaknya mimpi dan penglihatan yang telah mengiringi kisah agung Krismas ini! Adakah anda percaya bahawa Tuhan boleh menggunakan mimpi dan penglihatan untuk mencapai tujuan-Nya?

"Setelah itu, akan berlaku,
bahawa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia,
sehingga anakmu lelaki perempuan akan bernubuat,
orang tuamu akan bermimpi,
dan orang mudamu akan melihat penglihatan" (Yoel 2:28)