Sesiapa yang mengetahui mengenai Magna Carta (Piagam Agung) dan Raja John kemungkinan telah mendengar mengenai Stephen Langton, Biskop Besar Canterbury, yang telah merundingkan perdamaian di antara raja itu dan para bangsawannya yang memberontak dan memungkinkan terbentuknya Piagam Agung itu.
Biskop Besar Canterbury, Stephen Langton telah menyusun pembahagian fasal Alkitab |
Sebelum Langton (1150-1228), beberapa orang telah mencuba membahagikan buku-buku yang lebih panjang dalam Alkitab ke dalam seksyen-seksyen yang lebih mudah digunakan. Tetapi versi Langton yang bertahan dan menjadi asas untuk fasal-fasal yang kita gunakan hari ini.
Manfaat menggunakan bab adalah sangat jelas. Selain memudahkan pembelajaran Alkitab, ianya juga membantu kita untuk mencari di dalam teks dengan mengenalpasti seksyen-seksyen yang berbeza dalam teks dan menunjukkan kepada kita di mana kisah-kisah dan tema-temanya bermula dan berakhir. Bukan semua fasal-fasal yang diatur oleh Langton itu bersesuaian, itulah sebabnya mengapa sebilangan Alkitab dicetak dengan format yang tidak menggunakan tajuk fasal. Tetapi apa yang menghairankan ialah 800 tahun selepas dia melakukan kerjanya, banyak Alkitab menggunakan pembahagian fasalnya.
Bagaimana pula dengan pembahagian ayat? Itu datang lama selepas itu. Sarjana Dominican berbangsa Itali, Santi Pagnini (1470-1541) telah membahagikan Perjanjian Baru mengikut ayat, tetapi pembahagian ayat-ayat itu lebih panjang daripada yang kita ada hari ini dan tidak mendapat ikutan yang berterusan.
Sarjana Perancis, Robert Estienne |
Alkitab Bahasa Inggeris yang pertama menggunakan fasal dan ayat seperti yang kita ada hari ini adalah Alkitab Geneva pada 1560. Hampir kesemua Alkitab hari ini menggunakan pembahagian fasal dan ayat itu oleh kerana ianya memudahkan penggunaan (namun begitu terjemahan popular The Message hanya menggunakan fasal).
Terima kasih Stephen Langton dan Robert Estienne! Usaha anda membawa kesan hingga ke hari ini!
(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Who Divided The Bible Into Chapters And Verses?" yang ditulis oleh Mark Woods bertarikh 5 Januari 2017)